Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sekurang-kurangnya 25 mata asas (bps) menjelang akhir tahun, berikutan kenaikan kadar faedah yang agresif oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS), kata Kenanga Investment Bank Bhd.
Pada Rabu, Fed AS menaikkan kadar dasar utamanya sebanyak 75 mata asas kepada 1.50 peratus -1.75 peratus (sebelum ini 0.75 peratus-1.00 peratus), iaitu kenaikan terbesar sejak 1994 dalam usaha membendung inflasi tinggi yang menyaksikan indeks harga pengguna bulan Mei negara itu melonjak 8.6 peratus tahun ke tahun.
Reaksi pasaran kewangan global terhadap kenaikan kadar dan kesan akhirnya ke atas ekonomi akan memberikan dorongan yang lebih kuat bagi kebanyakan bank pusat untuk menyusuli langkah berkenaan.Pada ketika ini,rata-rata Bank Pusat negara-negara di seluruh dunia telah beberapa kali menaikkan OPR bagi mengawal inflasi di negara masing-masing.