Kami memerlukan maklum balas daripada anda semua.
Kategori WILD CARD ini kami sediakan khas kepada tambahan 2 peserta sahaja untuk layak ke BOTT 2019, menyertai 16 peserta terpilih sedia ada, dan layak untuk mendapat modal 100USD dagangan. Tetapi kami masih buntu untuk mencari cara pemilihan sepatutnya dibuat
A. Demo akaun. Peserta yang berminat perlu buka akaun demo dan buktikan kemampuan anda di situ.
Pro – tiada deposit diperlukan.
Con – terlalu banyak ruang manipulasi. trader juga boleh ambik sikap sambil lewa dalam trading kerana tiada risiko dagangan sebenar.
B. Real akaun. Peserta perlu berikan sedikit komitmen anda dengan meletakkan deposit tetap 10USD dan gunakan akaun cent sahaja. Bermaksud anda ada 1000cent dan sedia untuk didagangkan.
Pro – trader akan lebih sedikit bertanggungjawab kerana itu modal milik anda.
Con – perlukan sedikit komitmen.
Kami perlukan pendapat umum berkenaan ini. Sila pilih salah satu pilihan yang ada dan tinggalkan komen anda, apakah cara terbaik untuk menapis peserta kategori WILD CARD ini.