17th Dec. – Federal Reserve of United States (FEDS) telah selesai mengadakan mesyuarat Federal Open Market Comitte (FOMC) bagi bulan Disember 2020 malam tadi. Tiada keputusan drastik diambil melainkan kekal fokus dalam menangani isu ekonomi pada ketika masih bergelut dengan situasi pandemik Covid-19.
FEDS dalam kenyataan yang rasmi malam tadi menegaskan situasi ekonomi yang mencabar ketika ini akan ditangani dengan bijaksana, dan sebarang perubahan berkenaan langkah memulihkan ekonomi bergantung kepada situasi ekonomi terkini.
FEDS menetapkan sasaran untuk mencapai beberapa perkara seperti berikut:
- Mencipta sebanyak mungkin peluang pekerjaan.
- Inflasi disasarkan pada paras 2% dan ke atas.
- Kekal dengan polisi kewangan sedia ada sehingga paras inflasi mencapai 2% atau lebih.
- Kadar faedah semasa akan dikekalkan pada paras 0% ke 0.25% untuk satu jangka masa.
FEDS juga berikrar akan terus meningkatkan pembelian bon sehingga $80 billion dollar sebulan. Pembelian ini penting bagi terus meransang pertumbuhan ekonomi serta menyokong aliran tunai kepada pinjaman isi rumah serta peniagaan.
Secara keseluruhan, USD akan berada dalam tekanan kerana FEDS masih belum bersedia untuk mengukuhkan nilai matawang USD dan lebih fokus kepada plan pemulihan ekonomi dengan menyuntik lebih Dollar ke dalam pasaran.