Sejak kebelakangan ini, semakin ramai scammer XRP kembali aktif scammer bekerja mencari peluang menipu mangsa.
Semua ini berlaku berikutan prestasi dan ramalan-ramalan serta situasi dan perkembangan kes perbicaraan SEC melawan Ripple Labs yang setakat ini nampak masih menyebelahi Ripple Lab (XRP).
Laporan baru-baru ini oleh Lembaga Pengawal Pasaran Kewangan Austria telah mendedahkan bahawa lebih daripada 60% daripada semua penipuan kewangan yang dilaporkan baru-baru ini melibatkan perdagangan produk kripto. Laporan tersebut menjelaskan tentang modus operandi penipu tersebut: mereka biasanya menggunakan platform media sosial untuk menyebarkan iklan palsu, sambil menyasarkan pengguna yang baru memasuki sektor crypto.
Penipuan XRP bukanlah perkara baru; namun, kekerapan penipuan ini meningkat sejak beberapa minggu kebelakangan ini.
Ripple sebelumnya telah menangani penipuan ‘program insentif komuniti Ripple’. Dan dipetik dari laman web web rasmi mereka yang mengatakan:
Beware of the latest giveaway scam: there is a fake email and fraudulent website circulating offering Community Incentive Programs or XRP Incentive Plans. Neither Ripple nor any executive of our company, has offered—or ever will offer—free giveaways of digital assets. Any XRP giveaway is not endorsed by, affiliated with, maintained, authorized, or sponsored by our company.
Dipetik dari laman web Ripple
Antara contoh cara bagaimana mereka memanipulasi pengguna ialah menerusi kaedah penghantaran email, iklan di laman sosial, SMS dan pelbagai cara lain yang pada sekali imbas kelihatan hampir seiras dengan cara komunikasi formal mana-mana syarikat besar seperti PayPal dan lain-lain.
Sebilangan kecil mangsa yang menerima e-mel “ganjaran” yang serupa berkongsi tangkapan skrin surat di platform media sosial.
Penipuan serupa atau penipuan yang sama berlaku tahun lalu juga. Pasukan Forensik XRP telah menyiarkan menerusi Twitter:
We have received more than 20 victim reports in the past 2 days – and most report the theft after the money has already been laundered.
XRPForensics