APAKAH ITU “JACKSON HOLE SYMPOSIUM”?.
“JACKSON HOLE SYMPOSIUM” adalah simposium tahunan, yang ditaja oleh Bank Rizab Persekutuan Kansas City sejak tahun 1978, dan diadakan di Jackson Hole, Wyo., sejak tahun 1981. Setiap tahun, simposium ini memfokuskan pada isu ekonomi penting yang dihadapi oleh ekonomi dunia.
KENAPA SYMPOSIUM INI PENTING?.
Simposium itu dihadiri sekitar 120 orang setiap tahun. Peserta yang hadir termasuk pegawai bank pusat, anggota sistem Rizab Persekutuan, ahli ekonomi, organisasi kewangan, akademik, wakil kerajaan AS, dan anggota media. Komen dan ucapan daripada bank pusat dan pegawai berpengaruh lain dapat mempengaruhi pergerakan pasaran yang ketara. Oleh itu, maklumat awal berkenaan status semasa ekonomi dunia dibincangkan di dalam simposium ini dan ianya menarik perhatian dunia.
TARIKH JACKSON HOLE SYMPOSIUM : 27 OGOS 2020
Pengerusi Fed, Jerome Powell pada hari Khamis ini akan membahaskan keadaan ekonomi semasa dengan tema “Menavigasi Dekad Ke Depan: Implikasi terhadap dasar monetari.” Pelabur mengharapkan beliau dapat memberi penjelasan berkenaan strategi bank dengan baik – terutama langkah untuk mencapai sasaran inflasi 2%.
Menurut penganalisis Westpac FX, Imre Speizer, “Sekiranya kami tidak merasa kenyataan ‘dovish’ daripada J.Powell, saya menjangkakan kenaikan harga dolar AS,”.”Dolar telah jatuh secara mendadak sejak Mac,” katanya.
PANDUAN DAGANGAN
Kenyataan yang akan dikeluarkan oleh J.Powell akan mempengaruhi pergerakan matawang US Dollar. Sekiranya perancangan polisi kewangan oleh FEDS memberi keyakinan kepada pelabur, US Dollar dilihat akan kembali mendapat permintaan global setelah jatuh hampir 3 bulan kebelakangan ini.