Semalam dilaporkan situasi tegang berlaku di Amerika Syarikat apabila sekumpulan rakyat menyerang bangunan Capitol. Kumpulan ini dipercayai didalangi oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan pengiraan undi pilihan raya Presiden 2020.
Bangunan Capitol yang menjadi tempat anggota senator bersidang terpaksa ditutup dan dipindahkan serta merta untuk memngelakkan sebarang perkara lebih buruk berlaku. Polis dalam kenyataan terbaru menyebur bahawa bangunan Capitol kini menjadi zon larangan untuk semua dan meminta semua pihak mengosongkan segera bangunan Capitol.
Donald Trump dalam media social memberi kenyataan supaya semua pihak bertenang. Beliau yang masih tidak mahu mengaku kalah dipercayai menjadi punca kekalutan berterusan perebutan kuasa di White House itu.
Dilaporkan seorang wanita maut dalam rusuhan kali ini apabila terkena tembakan yang dilepaskan oleh pihak berkuasa. Beberapa pegawai penting dalam pentadbiran yang lalu turut dipercayai mengumumkan perletakan jawatan serta merta.