PERKEMBANGAN TERKINI
Terlalu kompleks untuk dibincangkan keadaan semasa BREXIT ketika ini. Pada ketika artiel ini ditulis, baki 10 hari lagi bakal menentukan situasi krisis BREXIT, sama ada keluar tanpa syarat, atau berjaya keluar dengan syarat-syarat yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
Sebagai pedagang, lebih-lebih lagi pedagang matawang, situasi ini menyebabkan analisa pergerakan matawang yang melibatkan sama ada Euro atau Pound Sterling dilihat agak mencabar. Gelora pasaran dipengaruhi oleh ketakutan pelabur berkaitan masa depan kedua-dua matawang ini.
Antara perkara yang boleh kita lakukan ialah, dengan mengambil kira tarikh akan berlakunya peristiwa atau keputusan penting di ambil, baik dari pihak United Kingdom atau European Nation.
Di pihak United Kingdom, undian yang akan dibuat oleh Common House bakal memberi impak kepada pasaran kerana melalui keputusan ini, hala tuju Brexit akan dapat dinilai oleh pelabur sekaligus mempengaruhi pergerakan pasaran. Minggu ini dijangka undian kali ketiga akan di bawa oleh Perdana Menteri UK, Theressa May, jika beliau berjaya meyakinkan lebih ramai MP menyokong usul beliau.
21 mac 2019 : European Council akan bersidang dan topik utama yang akan dibincangkan ialah BREXIT.