NzdUsd di Timeframe Daily.
Forecast: Harga ketika ini masih lagi dalam kedudukan Downtrend. Harga juga telah berjaya break dan close dibawah Major Support, dimana ketika ini Major Support tersebut telah menjadi Major Resistance atau Major SbR. Ini menunjukkan bahawa harga masih lagi kuat momentumnya untuk meneruskan penurunan. Saya menjangka kan bahawa harga akan membuat sesi Retracement dahulu dan retest semula di Minor SbR atau 50% body Big Candle Bearish tersebut sebelum turun semula mengikut trend semasa iaitu Downtrend.
Entry: Peluang reentry terbaik adalah di Minor SbR tersebut atau di 50% body Big Candle Bearish tersebut. Tunggu sehingga munculnya setup Price Action seperti Bearish Engulfing atau Pin Bar di Lower Timeframe di zone reentry tersebut sebelum melakukan sebarang reentry. Setup ini akan terbatal jika harga berjaya break dan close diatas Major Resistance semasa.
**SILA KAWAL MM ANDA**