GbpUsd di TimeFrame H4.
• Harga secara keseluruhannya masih lagi dalam kedudukan Downtrend. Boleh rujuk di TimeFrame Daily untuk melihat dengan lebih jelas Major Trend harga.
• Asal nya pada minggu lepas, harga berada di dalam kedudukan sideways setelah berjaya break dan close di bawah Uptrend Trendline.
• Setelah dari itu, harga telah berjaya keluar, break dan close di bawah support H4: 1.24340 ( Kini telah menjadi Resistance atau SbR ) atau zone sideways tersebut dan terus turun sehingga ke hari ini.
• Ini menunjukkan bahawa sesi Retracement harga telah berakhir. Dan harga mungkin akan terus turun sehingga ke paras support yang baru.
• Saya masih fokus pada peluang sell sahaja memandangkan trend semasa harga masih lagi dalam kedudukan Downtrend.
• Saya akan tunggu peluang re entry sell di SbR H4 tersebut atau di Zone Sideways tersebut.
• Tunggu sehingga muncul nya setup Price Action seperti Bearish Engulfing atau Pin Bar di zone re entry tersebut sebelum melakukan sebarang re entry.
• Setup ini akan terbatal jika harga berjaya break dan close semula di atas Zone Sideways tersebut.
**SILA KAWAL MM ANDA**