GbpJpy di TimeFrame Daily ( D1 ).
• Harga secara keseluruhannya masih lagi dalam kedudukan Uptrend di mana sebelum ini harga berada di dalam kedudukan sideways dan berjaya break dan close di atas Resistance Daily: 156.060 ( ketika ini Resistance tersebut telah menjadi support atau RbS) di mana breakout ini membuktikan bahawa harga akan naik dan membuat Uptrend.
• Seterusnya harga membuat resistance yang baru iaitu: 167.570 dan setelah dari itu harga turun semula untuk retest semula di RbS Daily tersebut.
• Analisa minggu lepas, saya ada kongsikan bahawa harga akan retest dahulu di Zone Sideways ( Line Biru ) atau di Uptrend Trendline sebelum naik semula mengikut trend asal, dan harga minggu lepas telah berjaya retest ( meninggal kan shadow ) di zone sideways ( Line Biru ) tersebut dan naik semula sehingga ke paras Resistance Daily.
• Saya masih fokus pada peluang buy sahaja memandangkan trend harga ketika ini masih lagi dalam kedudukan Uptrend.
• Saya akan tunggu semula re entry buy di Zone Sideways atau di Uptrend Trendline tersebut untuk peluang re entry buy yang terbaik.
• Tunggu sehingga muncul nya setup Price Action seperti Bullish Engulfing atau Pin Bar sebelum melakukan sebarang re entry.
• Setup ini akan terbatal jika harga berjaya break dan close di bawah RbS daily tersebut.
**SILA KAWAL MM ANDA**