AudUsd di TimeFrame Daily ( D1 ).
• Secara keseluruhannya harga masih lagi dalam kedudukan Sideways. Di mana harga sebelum ini masih lagi gagal untuk break dan close di atas Resistance Daily: 1.75860 untuk membuat Sesi Uptrend atau break dan close di bawah Support Daily: 1.69900 untuk membuat sesi Downtrend. Untuk di Support Daily tersebut, harga pernah berjaya break dan close di bawah support tersebut, namun break dan close semula di atas support tersebut, menjadikan breakout tersebut sebagai false breakout atau Fakey.
• Untuk trend semasa harga, ketika ini harga sedang membuat penurunan ( Downtrend ) dari paras Resistance Daily ke paras Support Daily ily dan membuat false breakout tersebut atau fakey, seterusnya breakout semula dan close di atas Support tersebut.
• Pada bulan lepas harga mula menaik, di jangka kan sebagai sesi retracement atau bersifat sementara sehingga harga hampir ke Resistance Daily tersebut.
• Ketika ini harga berhampiran di Resistance Daily, dan jangkaan saya bahawa sesi Retracement harga telah selesai dan harga akan mula membuat sesi Downtrend pula.
• Saya akan fokus pada peluang sell, memandangkan Trend semasa harga ketika ini masih dalam kedudukan Downtrend, walaupun secara keseluruhannya harga masih dalam kedudukan Sideways.
• Saya akan tunggu peluang re entry sell di Resistance Daily tersebut.
• Tunggu sehingga muncul nya setup Price Action seperti Bearish Engulfing atau Pin Bar di Resistance Daily tersebut sebelum melakukan sebarang re entry.
• Setup sell ini akan terbatal jika harga berjaya break dan close di atas Resistance semasa.