Forecast AudUsd di TimeFrame Daily(D1).
• Secara keseluruhannya kedudukan harga masih lagi dalam kedudukan Downtrend.
• Ketika ini harga telah berjaya sampai ke paras support semasa.
• Saya telah exit position sell saya memandangkan target saya hanya sampai di support tersebut.
• Seterusnya saya akan tunggu untuk harga close pada hari ini sebelum membuat keputusan seterusnya.
• Jika harga break dan close di bawah support semasa, menandakan bahawa harga masih kuat untuk meneruskan perjalanan Downtrend.
• Saya akan tunggu semula peluang re entry sell di support tersebut. Tunggu sehingga munculnya setup Price Action seperti Bearish Engulfing atau Pin Bar sebelum melakukan sebarang re entry.
• Jika harga tidak berjaya break dan close dibawah support semasa, ia menandakan bahawa harga sudah mula hilang momentum untuk meneruskan perjalanan Downtrend dan harga mungkin akan memulakan sesi retracement dan berkemungkinan akan retest sehingga ke paras Resistance semasa.
• Masih saya fokus pada peluang sell dan saya akan tunggu peluang re entry sell di Resistance semasa. Tunggu sehingga munculnya setup Price Action seperti Bearish Engulfing dan Pin Bar sebelum melakukan sebarang re entry.
• Setup ini akan failed jika harga break dan close di atas Resistance semasa.
**SILA KAWAL MM ANDA**