PRESTASI EKONOMI UNITED STATES BAGI SUKU TAHUN PERTAMA 2019
Pada 21 Mac 2019 Khamis ini, satu mesyuarat penting ekonomi akan diadakan oleh Federal Reserve. Pastinya mesyuarat ini mendapat perhatian dan liputan meluas disebabkan mesyuarat ini akan menyimpulkan apakah prestasi ekonomi bagi negara United States untuk 3 bulan pertama 2019, mewakili suku tahun pertama tahun ini.
Penetapan polisi kewangan bakal diumumkan berdasarkan keadaan dan prestasi ekonomi suku tahun pertama. Polisi kewangan yang kukuh diguna pakai sejak 2016 dijangka akan bersambung pada tahun ini, berdasarkan ucapan dan pengumuman rasmi oleh Pengerusi FEDS, Jerome Powell pada awal 2019. Melalui penetapan polisi ini, diramalkan 2 kali pengumuman kenaikan interest rate akan diumumkan bagi tahun ini.
Walaubagaimanapun, pengukuhan polisi kewangan FEDS bagi tahun 2019 dijangka tidak aggresif jika dibandingkan dengan situasi 2018. Dalam perancangan awal, hanya 2 kali kenaikan interest rate akan diumumkan. Pada 21 Mac 2019 ini, jangkaan awal tiada pengumuman kenaikan akan dibuat.
Ucapan dan pengumuman rasmi keputusan mesyuarat FOMC mampu menggerakkan harga dan mempengaruhi nilai matawang USD. Bersedia dengan strategi dagangan masing-masing. Tona ucapan J.Powell sama ada dovish atau hawkish, akan menggerakkan pasaran.