Meskipun khabar angin terbar luas bahawa pulau perlancongan Langkawi kini ibarat sebuah pekan berhantu,namun naratif yang sedang dibina itu tidak lebih dari sekadar sebuah sabotaj ekonomi ataupun fitnah yang direka untuk mengalihkan tumpuan masyarakat daripada isu-isu lain yang lebih besar seperti kempen boikot produk Israel,Liberty International dan lain-lain yang lebih besar.
Mungkin juga penyebaran berita seperti ini dikoordinasikan oleh agen-agen zionis atau boleh jadi juga ianya merupakan kempen berbayar oleh pihak-pihak tertentu dalam usaha mensabotaj ekonomi negara terutamanya dalam sektor perlancongan di Langkawi yang umumnya meman terkenal seantero dunia.
Hakikatnya di lapangan,Langkawi masih kekal meriah dikunjungi pengunjung.Jeti dan lapangan terbang masih dipenuhi pengembara.Bot RoRo masih sibuk mengangkut kenderaan keluar masuk ke pulau peranginan itu.
Malah dijangkakan dengan cuti umum perayaan Deepavali yang agak panjang (long weekend),bilangan pengunjung tempatan turut bertambah meskipun kita tidak dapat menafikan masih wujud pengusaha pusat penginapan,kereta sewa,pengusaha makanan,pengusaha jet ski dan sebagainya yang tidak beretika dan mengambil kesempatan ‘menyembelih harga’ terhadap pelancong-pelancong ini.
Seharusnya,kita rakyat Malaysia berganding bahu memelihara permata negara seperti Langkawi ini agar terus unggul menjadi sebuah tempat pelancongan yang dibanggakan.Pihak kerajaan terutamanya agensi penguatkuasaan dalam hal-hal yang berkaitan perlu bekerja dengan tegas,telus,amanah dan berdedikasi untuk menguatkuasakan undang-undang dan peraturan agar pulau ini tetap diyakini selamat dan berbaloi untuk dikunjungi berkali-kali.
Kita tidak seharusnya terikut-ikut naratif memburuk-burukan negara sendiri yang ditiupkan pihak-pihak yang mempunyai agenda mereka sendiri.Apatah lagi membandingkan pula dengan perlancongan diluar negara yang sudah pasti berbeza dari pelbagai segi seperti perundangan,peraturan,nilai matawang,nilai budaya dan juga keselamatan.
Melancong didalam negara lah antara pekara mudah yang perlu kita buat sebagai rakyat yang bertanggungjawab untuk membantu memulihkan nilai ringgit kita.Berbelanja untuk bersuka ria diluar negara ketika nilai ringgit sedang jatuh bukan saja merugikan diri sendiri malah menyumbang kepada menambah lemah nilai ringgit kita sendiri.