Hukum Leverage dari Sudut Pandangan Islam
Leverage dari Sudut Feqah Islam
Leverage adalah melibatkan peminjaman sejumlah wang yang diperlukan untuk tujuan pelaburan. Dalam kes forex, kebiasaannya wang tersebut dipinjamkan oleh platform. Al-Majma’ al-Fiqh al-Islami Rabitah al-Alam al-Islami mendifinisikan leverage sebagai: (المتاجرة بالهامش)، والتي تعني: (دفع المشتري [ العميل] جزءاً يسيراً من قيمة ما يرغب شراءه يسمى [ هامشاً] ويقوم الوسيط [ مصرفاً أو غيره ]، بدفع الباقي على سبيل القرض، على أن تبقى العقود المشتراة لدي الوسيط، رهنا بمبلغ القرض ) “Pembeli (pelanggan) membayar sebahagian kecil harga sesuatu yang ingin dibelinya iaitu dinamakan (margin) dan perantara (bank atau sebagainya) bertindak membayar baki atas asas pinjaman, dimana kontrak belian tersebut akan dikekalkan dengan perantara sebagai gadaian terhadap jumlah pinjaman”
Kemudahan leverage ini adalah bertujuan memberi peluang kepada pedagang forex mendapatkan keuntungan yang lebih besar. Kebiasaanya nisbah leverage yang diberikan adalah seperti 50:1,100:1, 200:1 dan seterusnya. Ianya bergantung kepada kemampuan platform dan jumlah modal (pelaburan) yang dibuat oleh pedagang.
Sebagai contoh 100,000 unit matawang adalah jumlah yang akan diperdagangkan dan leverage yang disediakan untuk para pedagang ialah 100:1. Ini bererti beliau hanya perlu menyediakan 1,000 unit matawang dengan kemudahan leverage 100:1.
BAGAIMANA LEVERAGE BERFUNGSI DALAM FOREX SPOT?
Kebiasaanya para pedagang individu mempunyai modal yang terhad tetapi perdagangan forex memerlukan modal yang besar demi mendapatkan keuntungan yang lebih berbanding modal sebenar yang dimiliki. Oleh yang demikian, para pedagang boleh menggunakan kemudahan leverage yang disediakan oleh platform untuk berurusniaga dalam jumlah yang lebih besar berbanding dengan jumlah wang yang dimilikinya.
Sebagai contoh, pedagang hanya mempunyai modal sebanyak USD1000 tetapi dibenarkan berurusniaga forex sehingga USD50,000 dengan kemudahan leverage 1:50 atau USD100,000 dengan kemudahan leverage 1:100. Kemudahan leverage ini adalah hutang sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini. Namun begitu, hutang ini diikatkan dengan beberapa syarat tertentu antaranya:
- Pedagang disyaratkan berurusniaga melalui platform iaitu pemberi pinjam (leverage).
- Platform bertindak sebagai wakil kepada pedagang dan mendapat komisyen dari dagangan tersebut.
- Platform juga bertindak sebagai pembeli matawang yang dijual oleh pedagang. Ini membolehkan platform mendapat keuntungan diantara perbezaan harga belian dan jualan.
Takhrij Fiqhi tentang Leverage
Keadaan ini boleh diringkaskan seperti berikut:
- Pinjaman yang diberikan oleh platform kepada pedagang merupakan pinjaman tanpa faedah.
- Platform mensyaratkan pedagang menggunakan perkhidmatanya apabila membuat urusan jualbeli mata wang. Ini bererti platform bertindak sebagai broker yang dibayar upah kepada pedagang.
- Pedagang adalah peminjam. Ini seolah-olah platform (pemberi pinjam) akan meminjamkan diwaktu yang sama pedagang (peminjam) mesti menggunakan khidmat paltform sebagai broker.
- Barang atau subject matter adalah pinjaman yang diberikan oleh pemberi pinjam dan pinjaman yang akan dibayar balik oleh peminjam.
- Pinjaman adalah pemindahan milik dari pemberi pinjam kepada peminjam tetapi dalam senario ini, peminjam tidak boleh bertasarruf mengikut kemahuannya tetapi mestilah untuk tujuan tertentu sahaja iaitu untuk urusniaga matawang sahaja.
- al-A’qidan dalam urusniaga ini adalah pedagang dan platform. Pedagang hanya berurusan dengan platform samada menjual atau membeli sesuatu matawang.
Hukum LeverageTerdapat dua pandangan tentang leverage ini dalam pandangan ulama’ kontemporari Islam. Namun, apa yang cuba untuk saya ketengahkan di sini ialah tentang keharusan menggunakan leverage beserta hujahnya.
Mengharuskan leverage dengan syarat-syarat berikut:
- Jualbeli dilakukan pada hari yang sama
- Upah atau komisyen kepada platform tidak boleh melebihi ujrah almithl.(kadar upah menurut harga pasaran)
Hujjah mereka adalah seperti berikut:
- Menghimpunkan al-bay’u dan al-salaf tidak menyebabkan aqad tersebut fasid kecuali terdapat keadaan-keadaan yang memberi kepentingan tertentu kepada salah satu pihak yang berkontrak.
- Keadaan jualbeli dipasaran ini (forex market) tidak mewujudkan kepentingan tertentu kepada salah satu pihak yang berkontrak.
- Qabd terlaksana dalam kontrak ini ialah qabd al-hukmi dengan adanya perlbagai urusan dan mekanisme tambahan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
- Kemudahan leverage bukanlah pinjaman tetapi iltizam bil qard(komitmen oleh pinjaman) oleh pihak platform kepada para pedagang. Ianya dianggap pinjaman jika pedagang menggunakanya. Pinjaman ini tidak melibatkan faedah.
- Urusniaga melalui paltform terbahagi kepada dua jenis, pertama tidak melibatkan “cross over night” dan kedua melibatkan “cross over night” . Kaedah pertama adalah diharuskan manakala kaedah kedua adalah tidak harus kerana melibatkan “cross over night charge” yang merupakan faedah keatas pinjaman.
Leverage dari Sudut Forex Market
Leverage membolehkan forex trader meningkatkan keupayaan trading dan menggunakan volume trading yang besar untuk trading.
Lihat gambar di bawah. Menggunakan modal yang sama iaitu sebanyak $10,000 tetapi akan menghasilkan margin yang berbeza kerana nilai leverage yang berbeza dengan volume position yang sama iaitu sebanyak $1 sahaja.
Apakah Kesan Leverage Terhadap Trading?
- Semakin tinggi leverage, semakin rendah MARGIN yang diperlukan
- Semakin rendah margin yang diperlukan, semakin banyak position yang boleh dibuka.(over trade)
Namun, leverage ini tidak memberi untung ke atas mana-mana pihak. Ia hanyalah bantuan daripada broker sahaja dan bukanlah pinjaman seperti kita buat personal loan dan seumpama dengannya. Sekiranya kita buka position dengan volume $1 dan market bergerak sejauh 100pips, maka keuntungan tetap $100 walaupun kita menggunakan leverage yang berbeza-beza.
Berapakah Nilai Leverage yang Sesuai Digunakan?Tidak kiralah akaun besar atau kecil, sudah tentulah leverage yang paling selamat digunakan ialah leverage yang kecil kerana ia boleh mengelakkan kita daripada over trade. Tetapi sekiranya akaun kecil dan kita ingin membuka banyak position, maka leverage yang besar akan membantu kita dalam trading. Bagi akaun yang besar pula, leverage yang kecil sudah cukup untuk membantu kita dalam trading.
Tolong SHARE ilmu ini supaya lebih ramai faham tentang perkara ini.
Rujukan:
1. http://emuamalat.islam.gov.my/sites/default/files/kertas_persidangan/2010/04/LEVERAGE_DALAM_PERNIAGAAN_MATAWANG_ASINGFOREX_SATU_ANALISA_DARI_PERSPEKTIF_SYARIAH.050609.pdf
2. http://ifikr.isra.my/compendium,
KONSEP LEVERAGE DALAM ISLAM
Konsep leveraj (leverage) yang disediakan oleh broker forex sebenarnya wujud dalam Islam. Islam tidak pernah mengharamkan sesuatu perkhidmatan yang tiada unsur penindasan (gharar) meskipun ianya disediakan oleh orang bukan Islam.
Leveraj forex merupakan jaminan (pertolongan)sementara yang diberikan oleh broker forex. Ianya boleh dikatakan juga kontrak sementara antara pemain forex dan broker selagi pemain tersebut masih mempunyai ekuiti dalam akaun mereka. Pemain hanya boleh memegang kontrak berdasarkan ekuiti mereka sahaja dan mengikut yang mereka persetujui dengan broker mereka. Bagi akaun Islamik, broker forex tidak mengenakan atau memberikan apa-apa faedah atas jaminan mereka. Dengan jaminan mereka kita dapat memasuki pasaran matawang mengikut kemampuan kita.
Broker forex adalah orang tengah antara bank-bank antarabangsa (institusi) dan pedagang kecil (retailer). Mereka membeli (qoute) dari institusi dan menjual balik (reqoute) kepada pedagang kecil. Biasanya jualan balik adalah munasabah antara 3-10 mata sahaja. Di sini lah mereka membuat keuntungan. Proses ini adalah dibenarkan oleh Islam. Ianya bukan riba. (Ada yang terkeliru menyatakan jual beli adalah juga sama riba.
Pandangan Professor Kewangan Islam
Saudara/i,
Kalau kita mengkaji banyak pandangan dari pakar-pakar kewangan islam yang terlibat langsung dengan kewangan islam dan pernah membentang kertas kerja di forum kewangan islam. Majoriti bersetuju menyatakan leverage adalah harus (permissible).
Seperti kata Professor Humayon Dar, Managing Director of Dar Al Istithmar in London
(Examines the Shari’ah aspects of the emerging Islamic hedge funds)…
“…Shari’ah does not have problems with leverage as long as it is achieved through
Islamic debt. Leverage is not a Shari’ah concern, rather it is an economic issue…”
Rujuk: http://islamicfinanceandbanking.com/
Kalau mengambil kata-kata beliau, saya mengambil contoh leverage dalam akaun islamik Northfinance; leverage yang dikenakan tidak dikenakan sebarang interest (interest-free).Juga kalau kita overnight pun tidak ada apa-apa interest (berbanding conventional dikenakan interest kalau overnight).
Saya rasa perlunya kita merujuk banyak pihak yang mahir dan terlibat secara langsung dalam kewangan islam. Bukan sekadar merujuk majalah anti Forex atau graduan bachelor yang baru balik dari universiti di Jordan dan kerja 2-3 tahun di institusi kewangan islam dan tukar jadi pensyarah di UIAM. Kemudian buat hukum tanpa perbincangan.
How to Use Leverage for Great Results with Forex
When you execute a Forex trade, you are purchasing an amount of currency, termed a lot.
The amount of currency in one lot depends upon the type of account you have. In a
standard account, one lot is usually equal to U.S. $100,000; in a mini account, one lot is
$10,000.
But Forex trading accounts are leveraged, which means you don”t have to own that expensive lot of currency; you just have to control it, and if you do, any profit it earns is yours. To obtain the right to control a lot of currency, you put up a much smaller amount of money in a sort of rental agreement called a margin deposit. In a standard account, to control that U.S. $100,000, you must put up $1,000 of your own money; in a mini account, to control $10,000, you need to put up $100. The leverage influences the amount of profit you earn, as well. In a standard account, one pip of a currency pair that has the U.S. dollar as the base is equal to U.S. $10; in a mini account, one pip equals to $1. This means that, should you correctly forecast the
movement of the market and execute a trade that earns you two hundred pips (not an unrealistic goal), if you have a standard account, your profit will be $2,000; if you have a mini account, it”s $200. To maximize your profits in Forex trading, you don”t have to trade a standard account; not every beginning trader can afford to. Instead, if you believe you have a good forecast on the market, you can trade more than one lot. To continue the above example, if your successful trade earned you two hundred pips and you had purchased five lots of that currency, in a mini account you would have put up $500 of your own money?but earned a profit of $1,000 (two hundred pips times five lots). In a standard account, you would have put up $5,000?and earned $10,000.
The number of lots you can trade depends upon the margin in your account. That”s not the amount you deposited; that also includes any open trades you have running, taking into account any profits or losses you may incur…
Hadith dhaif sebagai hujah pengharaman
Buat waktu ini, saya hanya berkempatan untuk berkongsi pengetahuan tentang satu lagi hadith yang terputus sanad (dhaif)yg dijadikan hujah pengharaman, iaitu:
“Janganlah kamu menjual sesuatu yang tidak di dalam milikmu.” (Riwayat Abu Daud,
No 3504 3/283)
Rujuk Konsep Leveraj Haram; Metro Ahad 3 Februari 2008.
Adalah terjemahan langsung satu hadith yang masyhur
“la tabi’ ma laysa ‘indak”
Beberapa isu telah dibangkit berkenaan hadith ini. Salah satunya tentang percanggahan rantaian sanadnya. Al Bukhari dan Muslim tidak pernah merekodkan dalam koleksi mereka walaupun yang lain antaranya Abū Dawūd and al Tirmidhi, ada merekodkannya. Percanggahannya adalah seperi berikut:
1. Abū Dawūd, Ahmad ibn Hanbal, and Ibn Hibban menyatakan ianya diriwayatkan oleh Ja’far ibn Abi Wahshiyah, dari Yūsuf ibn Mahak, dari Hakim ibn Hizam, manakala yang keempatnya, ianya [Abd Allah ibn ‘Ismah, manakala koleksi yang lain menyatakan antara Yūsuf and Hakim. Dalam al Mizan, al Dhahabi menyatakan nama pertengahan langsung tidak diketahui (la yu’araf).
2. Berkenaan periwayat utama Hadith ini, Hakim ibn Hizam, dikatakan “obscure” (majhuūl al hal). Hanya Ibn Hibban memasukkan beliau antara periwayat yang boleh dipercayai (reliable / al thiqqat). Sementara al Nasa’’i telah merakamkan cuma satu Hadith yang diriwayatkan oleh beliau, Yang lain menyatakan beliau adalah “obscure”.
Rujukan:
Commodity futures: An Islamic legal analysis
Mohammad Hashim Kamali
http://en.wikipedia.org/wiki/Mohammad_Hashim_Kamali
——————————————————–
Perkataan: Majhul al-Hal (dinamakan juga al-Mastur)
Definisi: Perawi yang diriwayatkan daripadanya oleh dua orang atau lebih tetapi tidak
ditawsiqkan.
Hukum periwayatannya: tidak diterima mengikut pendapat yang sahih di sisi majoriti
ulama.
Adakah hadisnya itu mempunyai nama khusus?
Hadisnya itu tidak mempunyai nama khusus tetapi diletakkan di bawah hadis dha`if.
Rujukan:
http://www.darulkautsar.com
—————————————————————
NOTA: Saya tidak pernah memandang rendah pada hadith dhaif. Cuma menyatakan
bahawa hadith dhaif tidak boleh dijadikan hukum dalam soal halal dan haram.
The effects of using weak Hadeeth:
http://www.islamweb.net/ver2/
Wallahu ‘alam.
Pandangan:
1) Margin trading or buying
Margin trading adalah membeli saham dengan menggunakan wang yang dipinjam dari
broker. Kebiasaannya faedah akan dikenakan atas pinjaman ini. Jika ini berlaku,
hukum menggunakan kaedah ini adalah haram disebabkan pinjaman Riba tadi. Selain itu
ia juga amat berisiko buat pelabur kerana jika saham yang dibelinya rugi, ia akan
menanggung kerugian berganda.
Sumber:
http://www.zaharuddin.net
2) Hukum Leverage :
…Jika benarlah apa yang saya gambarkan ini, transaksi forex menggunakan Leverage ini
adalah HARAM kerana ia dikira menjual matawang yang tidak di dalam milik anda.
Milik sebenar anda hanyalah USD 100 tetapi yang dijual adalah 10,000. Ia berdasarkan
apa yang disebut oleh Nabi s.a.w.
Ertinya : Janganlah kamu menjual sesuatu yang tidak di dalam milikmu” ( Riwayat Abu Daud, no 3504, 3/283)…
Sumber: http://www.zaharuddin.net
3) Common stocks are a legitimate form of investment in Islam, but many of the practices
associated with stock trading are not halal (permitted). Short selling and margin trading,
for instance, are severely restricted. The prohibition of borrowing to invest (margin
trading) is based on the prohibition of riba, whilst short selling involves huge risk with
almost no upper limit. Moreover, from the Shari’ah point of view: “you cannot sell what
you do not posses”.
Source: http://www.failaka.com/
Pandangan saya:
Bukankah leveraj dan margin trading saling berkait. Ibarat kuku dengan isi. Kalau ikut pemahaman saya, pandangan #1 & #3 mengatakan: margin trading saham gunapakai pinjaman ada riba sahaja HARAM. Kalau tiada riba, jadi HALAL. Secara amnya margin trading (leverage) HALAL tanpa ada riba. Sebenarnya dalam akaun Islamik forex, margin tradingnya LANGSUNG tidak kena / guna riba.
Fakta #1:
In forex, margin is the minimum required balance to place a trade. When you open a forex trading account, the money you deposit acts as collateral for your trades. This deposit, called margin, is typically 1% of the value of the position.
* For example, if you want to purchase $100,000 of USD/JPY at 100:1 leverage, the money required is 1%, or $1000. The other $99,000 is collateralized with your remaining account balance. ***You pay no interest.***
Malah broker forex telah dulu merealisasikan prinsip-prinsip Qard Al Hassan (beautiful loan) berbanding bank yang berjenama perbankan Islam tidak kira di Malaysia atau luar negara. Kalau ada pun, ianya agak terbatas ruang lingkupnya seperti:
Fakta #2 “The aid is also aimed at promoting a healthy Islamic social structure by facilitating social needs like marriage, education and situations beyond the control of the applicant like prolonged delay in salaries or wages.
Rujuk: http://www.dib.ae/en/communityservice_qurad.htm
Insya Allah. Saya akan huraikan tentang Qard Al Hassan pada kesempatan lain. Berkenaan risiko pula, andai pasaran tidak menyebelahi kita, kita masih ada stop loss sebagai penyelamat. Andai kita tidak menggunakan stop loss pun, Broker forex mengamalkan Fakta #3: ***No Debit Balances*** Your risk is only limited to funds on deposit. Because there are no margin calls in forex trading, for your protection the broker will automatically close out all of your open positions if your account equity falls below the required margin level.
Think of this as a final, automatic stop. In fact, you’ll never lose more money than you have in your account!
Info: On a daily basis, the volatility of the major currencies is ***less than 1%***. This is much ***lower than*** an active ***stock***, which can easily have a 5-10% move in a single day. (Konklusi: perdagangan saham lebih berisiko berbanding perdagangan matawang!)
Jelas di sini, bahawa yang dikatakan “kerugian berganda” / “huge risk with almost no upper limit” sebenarnya hampir tidak wujud dalam perdagangan matawang. Pedagang perlu memahami peri pentingnya stop loss dan belajar Forex Money Management. Bukan berdagang secara khinzir buta. Ini bertepatan dengan firman Allah mafhumnya “jangan engkau campakkan dirimu ke dalam jurang kebinasaan”.
Forex Money Management:
http://www.forex-money-management.com/stop_loss/02/
Berkenaan hadith “you cannot sell what you do not posses”, saya berpendirian seperti
yang dikomentarkan Professor Dr Mohammad Hashim Kamali.
Pada pandangan awal saya dengan adanya deposit (collateral – rujuk Fakta #1) itu sudah merupakan sebahagian dari pemilikan wang tersebut walaupun belum dilaksanakan Qard Al Hassan lagi. Jadi pedagang sebenarnya menjual apa yang dia miliki. Selain itu, saya akan cuba bawakan iktilaf ulama dalam menafsir hadith ini. Ini membenarkan hadith shahih yang lain, “perbezaan di kalangan umatku adalah rahmat’”.
Fatwa tentang forex:
http://www.islamweb.net/ver2/
We will attempt to uncover all the questions you may have about islamic forex trading.
Islamic forex trading accounts are known as swap free forex trading accounts. Most
brokers offer their clients the possibility of maintaining an Islamic Forex Trading
Account, or a swap free account, which means that no swaps will be accounted to
positions overnight.
Some forex brokers provide Islamic Forex trading accounts as a way to cater for those
customers of theirs who have the belief that swaps are against their religious convictions.
It is often the case that brokers charge a flat fee rate for providing the service of Islamic
Forex Trading Accounts. Although they usually reserve the right to stop an Islamic forex
trading account (or swap free forex trading account) if the customer is abusing such
service.
These are the most interesting links we could find about this topic
Dr Mohammed Obaidullah
Dr Mohammed Obaidullah discusses issues around islamic forex trading and religious
beliefs
http://vlib.unitarklj1.edu.my/htm/islamforex.htm
GCI Trading
GCI Trading mentions islamic forex trading issues
http://www.gcitrading.com/shariah.htm
List of Swap Free (Muslim friendly) Forex Brokers
http://www.earnforex.com/muslim_forex_brokers.php
Wallahu’alam.
Para trader semua,
Janganlah susah-susahkan hati pasal forex ini halal ke haram. ianya harus. yang dijadikan modal perdebatan hangat oleh pihak-pihak berkepentingan adalah pasal leverage. leverage dalam forex menepati hukum syarak. Takda riba. Kena yakinkan diri yang ianya menepati hukum syarak. Tanpa keyakinan boleh jatuh syubhah pula. Yang penting pakai islamic account [swap free account]. Kan banyak broker yang tawarkan islamic account. Was-was itu adalah bisikan syaitan sedangkan hukum dagang forex dan penggunaan leveraj adalah harus [halal]. Yakinkan diri baru hati jadi tenang…kerja jadi senang.Saya telah mengkaji pasal hukum forex ini sejak 2005. Banyak ebook forex yang saya baca dan kumpul juga dlm tempoh 3 tahun menyertai forum seperti forex-tsd, forexfactory dsb, semata-mata untuk mengetahui apa sebenar forex dan dari sudut hukum dan cara perlaksanaannya agar ianya bertepatan dengan muamalah dan jadi ibadat.
Diruangan yang terhad ini saya tidak bercadang untuk menterjemahkan definisi LEVERAGE mengikut istilah perniagaan yang memeningkan kepala kerana ianya berbeza mengikut penggunaan di dalam sesuatu urusniaga. LEVERAGE yang berlaku dalam perdagangan FOREX adalah “how to earn more with less”
sebagaimana berikut :-
Sebagai contoh : kita mengambil urusniaga matawang asing yang melibatkan matawang GBP/USD. Sekiranya kita membuka akaun USD1,000 dan kita ingin membeli/menjual 1 lot GBP/USD, sepatutnya pihak platform akan memotong USD100 dari akaun kita sebagai modal pusingan. Tetapi sekiranya leverage, platform hanya akan memotong USD50 untuk modal pusingan 1 lot tersebut. Ini merupakan kemudahan dan diskaun yang diberikan oleh pihak platform untuk meringankan modal pusingan kepada pedagang yang mempunyai akaun mini sahaja. Inilah yang dikatakan leverage dan keistimewaan ini hanya diberikan kepada pedagang yang mempunyai akaun mini sahaja.
Akaun mini ialah jumlah akaun yang kurang dari USD50,000. Tetapi sekiranya akaun tersebut melebihi USD50,000 ke atas, keistimewaan ini tidak diberikan kepada pedagang (trader). Yang paling penting didalam perdagangan forex ini ialah setiap urusniaga yang dibenarkan serta kerugian maksimum yang akan ditanggung oleh pedagang tidak akan melebihi dari jumlah modal pusingan yang terdapat di dalam akaun mereka.
Sebagai contoh, sekiranya anda membuka akaun yang bernilai USD1,000 anda tidak akan menanggung sebarang kerugian melebihi modal tersebut iaitu USD1,000 walau apapun leverage yang anda perolehi dari pihak platform dan kerugian anda sama sekali tidak akan berganda dari keseluruhan modal yang anda laburkan. Dengan ini leverage tidak menjadi halangan mengikut hukum syara’ dalam perlaksanaannya kerana ianya merupakan diskaun atau keistimewaan yang diberikan kepada pedagang. Ini hanyalah kemudahan yang diberikan oleh pihak platform dengan harga yang lebih rendah kepada pedagang yang mempunyai modal yang kecil (mini akaun) iaitu akaun yang yang modalnya kurang dari USD50,000. Saya berharap penerangan saya yang ringkas ini dapat merungkaikan segala kekeliruan dan pemahaman yang silap tentang leverage yang timbul dewasa ini dan juga menjawab kepada persoalan hukum tentang leverage itu sendiri. Di dalam
Islam “La ibrata bil musammayaat walakinna ibrata bil ma’aani” (Pengajaran (hukum) bukan diambil dari segi istilah sesuatu perkara bahkan pengajaran (hukum) diambil dari cara perlaksanaannya).
Wallahu ‘alam.
RUJUKAN
http://wangolds.com/Thread-KONSEP-LEVERAGE-DALAM-ISLAM-wajib-baca#.UKmQjofqmuI
http://www.kantakji.com/fiqh/Files/Markets/a%20(47).pdf
http://islamicfinanceandbanking.com/
http://www.earnforex.com/muslim_forex_brokers.php
http://vlib.unitarklj1.edu.my/htm/islamforex.htm
http://www.gcitrading.com/shariah.htm
http://www.forex-money-management.com/stop_loss/02/