Didalam dunia forex,nama Tuan Najmuldin Hamzah pastinya tidak asing lagi sama ada dari kalangan trader ataupun broker.Rata-rata ahli komuniti trader dan broker mengenali beliau kerana beliau adalah seorang pedagang aktif dan juga pemilik Najmuldin Exchager yang mengendalikan payment provider untuk pelbagai broker forex di Malaysia.Selain itu,beliau juga merupakan pemilik Majalah Forex Malaysia serta beberapa portal forex dan media lain.
Anak muda ini berasal dari Pendang, Kedah. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (kepujian) Universiti Tenaga Nasional pada tahun 2001. BNeliau memulakan kerjayanya di Metrowangsa Asset Management SDN BHD sebagai Market Analyst sebelum menyambung kerjaya di Malaysian Industrial Development Finance BHD, selepas Metrowangsa terlibat dalam skandal Forex di Tabung Haji.
Selepas itu beliau telah beralih sementara ke bidang Internal Auditor di MIDF dan Jabatan Audit Negara, sebelum menyambung kerjaya sebagai Associate Manager di ERNST & YOUNG Singapore selepas memiliki ACCA. Selepas itu beliau telah berhijrah ke negara jiran selama 2 tahun untuk memenuhi komitmen kerjaya beliau di negara tersebut.
Penubuhan Najmuldin Exchanger bermula 2013 setahun setelah beliau terlibat dalam kemalangan.
Bermula sebagai Exchanger bagi e-money Neteller seterusnya Najmuldin Exchanger telah diberikan kepercayaan oleh pelbagai broker untuk menjadi Payment Agent ( Local Depositor) pelbagai broker. Sehingga artikel ini di tulis Exchanger telah menguruskan sebanyak15 buah broker sebagai payment agent iaitu FBS,Just Forex,TIFIA,Samtrade,FX Primus,CXM Direct,Fullerton
Market,BKFX,ERRANTE,INSTAFOREX,Forex 4You,WINDSOR,FX Giants & FXTM.
Melangkah ke tahun 2022,beliau memaklumkan bahawa Najmuldin Group kini telah melebarkan sayap menceburi bidang online shop pula dengan pelancaran Najmuldin Mart ,sebuah portal membeli belah atas talian.Selamat maju jaya diucapkan kepada Tuan Najmuldin Hamzah bersama Team Najmuldin Group.Semoga tahun 2022 membawa lebih banyak kejayaan.