“Market akan naik ni, eh ke turun?” “Kalau turun, jauh ke dekat eh?”
Kata-kata tersebut akan selalu menghantui Forex Traders. Hal ini kerana, faktor diri itu adalah musuh terbesar dalam setiap aktiviti Forex. Masih tiada penemuan saintifik yang menemukan faktor paling tepat untuk menjawab permasalahan terebut. Walau bagaimanapun, tidak semua antara mereka yang mengalami perkara tersebut jika berpayungkan ilmu. Oleh itu, penulis ingin berkongsi 5 faktor utama Forex Traders gagal dan kehabisan wang, yang dirasakan sangat berkait rapat dengan diri secara peribadi. Sehubungan itu, artikel ini bolehlah dijadikan panduan buat mereka yang berminat untuk menceburkan diri dalam Perdagangan Forex.
Overtrading
Definisi overtrading adalah bermaksud aktiviti perdagangan yang terlalu besar dan kerap, dan menyebabkan Forex Traders gagal. Faktor yang menyumbang kepada overtrading adalah keinginan profit yang tidak realistik, ketagih dengan aktiviti perdagangan, ataupun modal yang tidak mencukupi.
- Modal yang tidak mencukupi
Kelebihan terbesar dalam perdagangan Forex adalah kewujudan akaun leverage. Forex Traders yang bermula dengan modal yang kecil masih boleh mendapatkan keuntungan besar (atau kerugian) dengan membuat spekulasi terhadap pasaransemasa. Dalam situasi ini, pengurusan risiko sangat penting untuk memastikan pelaburan tersebut mencukupi dan seterusnya, mengaut keuntungan dan mengurangkan tekanan psikologi dalam diri Forex Traders. Selain itu juga, broker turut menawarkan lot mimimum, 0.01 untuk membantu Forex Traders mengawal risiko ketika perdagangan. Stop-loss juga turut membantu beginners dan Trader yang berpengalaman untuk mengawal risiko. Beginners Trader perlu memastikan kerugian yang dialami tidak melebihi 1% dari modal mereka.
- Ketagih dengan perdagangan
Forex trader cenderung untuk ketagih ketika perdagangan dan menyebabkan kehilangan wang. Realitinya, perdagangan Forex membawa kegembiraan apabila berlakunya situasi pasaran yang bergerak pantas, selang masa perdagangan yang pendek dan pasangan mata wang yang tidak menentu. Sebaliknya, tekanan turut dirasakan jika pasaran bergerak ke arah yang berlawanan dari jangkaan. Sebagai langkah berjaga-jaga, Forex Traders perlu mempunyai strategi untuk keluar jika perkara tersebut terjadi. Jika forex trader mempunyai sikap sedemikian, ia mampu mendangkal sesetengah pendapat bahawa forex adalah suatu perjudian. Trader yang bijak akan cepat bertindak jika pasaran tersebuttidak berbaloi untuk diniagakan, dan yakin bahawa masih ada hari esok untuk mencari peluang yang baru.
- Tidak boleh beradaptasi dengan keadaan pasaran
Pasaran tidak statik? Suatu kesilapan besar jikalau Forex Traders menganggap sekali berjaya, akan berjaya selama-lamanya. Penting untuk Forex Traders mampu untuk mengesan perubahan dan beradaptasi mengikut keadaan pasaran. Namun, perubahan tersebut bukan sahaja membawa risiko baru, sebaliknya membawa peluang baru. Seorang Trader yang berpengalaman amat menghargai peluang tersebut dan bukannya takut berhadapan dengannya. Forex Traders juga perlu membiasakan diri dengan mengesan ketidaktentuan purata pasaranakibat berita kewangan dan mampu menganalisis hala tuju pasaran. Forex Traders perlu menjejaki berita kewangan tersebut walaupun teknik yang digunakan tidak berasakan Fundamentals. Sebagai contoh, interest rates, unemployment atau consumer confidence mampu mengalihkan sentimen pasaran dalam komuniti perdagangan. Hasilnya, ia memberi kesan terhadap supply and demand mata wang masing-masing.
- Lemah pengurusan risiko
Pengurusan risiko yang lemah adalah penyebab kepada Forex Traders kehilangan wang dengan cepat. Forex Traders perlu menguasai mekanisme take-profit dan stop-loss dalam platforms trading. Ia akan meningkatkan peluang untuk berjaya jikalau digunakan dengan kaedah yang betul.
- Apakah Risk Return Ratio?
Risk/Reward Ratio atau Risk Return Ratio adalah ukuran terhadap berapa banyak keuntungan dan kerugian yang akan dialami oleh Forex Traders. Sebagai contoh, jika keuntungan anda pada 100 pips dan kerugian anda berada pada 50 pips, nisbah risiko/ganjaran adalah 2:1, asalkan akhirnya profit menjadi milik anda. Selain itu, langkah terbaik untuk mengawal risiko adalah dengan menggunakan akaun risk-free demo trading. Anda tidak perlu mengeluarkan modal, dan merupakan kaedah terbaik untuk Forex Traders yang baru untuk belajar dan khususnya, memantapkan strategi baru buat Forex Traders yang lama.
- Tidak mempunyai atau tidak mengikut pelan perdagangan
Sikap adalah punca utama Forex Traders gagal. Seharusnya, Forex Traders perlu mengagap pekerjaan ini sebagai suatu bentuk perniagaan. Sesebuah perniagaan perlulah mempunyai pelan perniagaan. Begitu juga Forex Traders perlu meluangkan masa dan usaha untuk menghasilkan strategi perdagangan yang mantap. Paling tidak, pelan perdagangan perlu mengambil kira titik entry dan exit yang optimum, risk/reward ratios, dan pengurusan kewangan yang efisyen.
- Harapan yang tidak realistik
Terdapat 2 jenis traders yang menceburi pasaran Forex. Yang pertama adalah dari pasaran saham atau pasaran kewangan yang lain. Golongan ini berpindah ke Forex untuk mencari peluang baru dan mempelbagaikan pelaburan mereka. Yang kedua ialah golongan baru yang ingin mencuba. Semestinya, golongan pertama tadi lebih cenderung untuk berjaya kerana kematangan mereka dalam dunia perdagangan. Hal ini kerana, mereka mempunyai jangkaan yang lebih realistik apabila mendapat keuntungan. Harapan yang realistik amatlah penting untuk mengawal tekanan psikologi yang wujud dalam pasaran Forex. Forex Traders perlulah mengingati bahawa Forex bukanlah cara untuk cepat menjadi kaya. Setiap perniagaan perlulah mempunyai tempoh masa buruk dan baik, bersama dengan risiko terhadap kerugian.
Tanamlah dalam jiwa anda bahawa kesabaran dan konsistensi adalah formula terbaik untuk diri seorang Forex Traders. Anda tidak perlu membuat kekayaan yang pantas dengan satu atau dua perdagangan yang besar. Ini hanya akan membentuk sikap negatif terhadap masa depan kerjaya anda. Biar lambat, asalkan konsisten!!!