20 Oktober 2020 – Minggu lalu, Perdana Menteri United Kingdom, Borris johnson mengeluarkan kenyataan terbaru berkenaan dengan situasi rundingan Brexit terkini. “United Kingdom mesti bersedia dengan situasi no-deal Brexit” menurut beliau minggu lalu.
Manakala dari pihak Kesatuan Eropah pula, wakil pasukan perundingan EU, Michael Barnier, menyatakan bahawa pihak EU masih bersedia untuk meneruskan rundingan dan akan terus meningkatkan intensiti rundingan sehingga berjaya menemui kata putus rundingan bersama.
Kenyataan ini dibuat sebagai respon balas kepada beberapa kenyataan pimpinan negara Eropah di mana mereka dilihat buntu mencari jalan penyelesaian dan bersedia untuk menamatkan rundingan lebih awal. Situasi “dead-lock” ini dilihat akan berterusan kerana kedua-dua belah pihak masih bertegas dengan tuntutan masing-masing.
PASARAN FOREX
Situasi tidak menentu ini pastinya akan memberi kesan kepada pasaran matawang. Jika kita lihat kepada pair EUR/GBP, secara teknikal masih dalam keadaan bullish. Paras harga semasa berada pada paras 0.909.
Sekiranya rundingan gagal dan keadaan tidak menyebelahi United Kingdom, harga berkemungkinan besar akan melonjak ke paras 0.94-0.95 dan akan terhenti di situ.