Keadaan menjadi lebih luar biasa, apabila tercetus penurunan emas sejak pengumuman tentang vaksin Covid-19. Semua orang di dunia termasuk di Malaysia, berlakunya penurunan harga emas secara mendadak. Pada awal Januari sehingga Ogos tahun lalu, berlakunya trend kenaikan harga emas yang meningkat sebanyak 37 peratus. Pernah melebihi RM300 segram, namun awal tahun ini, harga emas jatuh sebanyak RM220 hingga RM250 segram.
Faktor harga emas naik disebabkan pendemik Covid-19 yang menjejaskan ekonomi di seluruh dunia. Orang ramai tidak berani berbelanja dan ia menyebabkan pelabur memilih emas sebagai aset yang selamat.Namun, apabila berita vaksin Covid-19 dijumpai tersebar, ia dilihat sedikit sebanyak dapat mengurangkan risiko ancaman Covid-19. pakar ekonomi dan pelaburan juga telah berpendapat bahawa ekonomi dunia akan kembali pulih.
Berita ini juga telah menyebakan berlakunya penurunan harga emas dan orang ramai mengambil peluang ini untuk membeli emas untuk dijadikan pelaburan. Ramai orang berpendapat pada ketika inilah waktu yang paling sesuai untuk mendapatkan barangan kemas kerana harganya yang sedang murah pada waktu sekarang.
Pelaburan Jangka Panjang
Menurut pakar ekonomi, pulangan emas ini lebih stabil dan tidak bersifat spekulatif sebagaimana dengan pulangan dalam pasaran saham.
Pelaburan emas ini bukan sahaja berada dalam bentuk barang kemas, malah juga dalam bentuk dinar dan juga jongkong emas. Pelaburan emas yang dalam bentuk barang kemas ini paling mudah untuk menarik perhatian kaum hawa.
Selain rekaannya yang cantik dan juga menarik, barang kemas mempunyai fungsi 4 dalam 1 iaitu perhiasan, simpanan, pelaburan dan juga perniagaan. Dan ia juga mudah untuk mendapatkan tunai kerana ia boleh diterima di semua kedai pajakan atau Ar-Rahnu. Sebaiknya dijadikan untuk simpanan, pilih emas jenis yang padu dan emas 999 atau emas 916.
Sebolenya, orang ramai diElakkan untuk membeli emas yang mempunyai banyak batu permata. Bukan itu sahaja, digalakan untuk mengelak dari membeli emas putih kerana susut nilainya mencecah sehingga 70 peratus.
5 Waktu Terbaik Beli Emas
1. Kena tahu trend menaik dalam jangka masa yang panjang
Apabila anda ingin membeli emas, ia sangat penting untuk kita mengetahui bahawa emas akan berada dalam trend menaik dalam masa jangka yang panjang, dan juga harga emas ini telah meningkat hampir setiap tahun. Apabila anda membeli emas, anda perlu berhati-hati supaya tidak panik jika harga emas telah turun hampir 5% sebulan kemudian. Pergerakan seperti ini biasa dan harga emas boleh didasarkan pada sejumlah yang sangat kecil bagi penurunan dan kenaikannya.
Oleh itu, apabila anda ingin membeli emas tidak boleh dilihat sebagai pelaburan jangka pendek, dinasihatkan anda untuk melihat emas anda sekurang-kurangnya enam bulan, idealnya lebih lama, atau bertahun-tahun atau beberapa dekad dalam banyak kes.
Sekiranya anda memperoleh keuntungan yang sihat dalam jangka masa yang singkat, maka itu adalah hak anda untuk menjual atau mungkin ingin melabur semula emas apabila anda mendapat peluang seterusnya di pasaran.
Dengan memahami tentang emas ini, ia akan menjadi pelaburan dalam jangka yang panjang. dengan itu, bila-bila masa adalah masa terbaik untuk kita membeli emas.
2. Beli emas pada waktu yang tidak menentu
Semasa anda ingin membeli emas, anda perlu kerap untuk mengikuti berita dan pengumuman utama yang datang dari institusi termasuk bank, bursa saham, Wall Street, kerajaan dan lain-lain.
Mesej-mesej negatif yang mempunyai kaitan dengan ekonomi dan politik mengenai kredit, mata wang, saham, hutang, harta tanah, pengangguran dan pelonggaran kuantitatif menimbulkan keresahan, lebih-lebih lagi ekonomi yang berpengaruh seperti AS, China dan Eropah.
Biasanya apabila pelaburan lain seperti harta tanah dan saham berprestasi rendah, harga emas dan perak akan meningkat kerana dipercayai banyak pelabur utama dan syarikat menggunakan emas sebagai polisi insurans bagi menampung kerugian yang terkumpul di tempat lain.
3. Beli emas apabila sudah mampu
Masa yang terbaik untuk membeli emas adalah seperti menggunakan lebihan kekayaan yang ditinggalkan dalam akaun simpanan anda untuk membeli emas dan boleh dijadikan asset pada masa yang akan datang.
4. Perhatikan harga emas semasa
sangat Penting untuk anda memerhatikan harga emas semasa . Ini kerana, Harga emas di dunia telah berubah setiap dua minit. anda juga perlu perhatikan pergerakan yang terkini tentang harga emas melalui dalam talian. Ini sedikit sebanyak akan membantu anda dalam membuat memilih dalam masa untuk membeli emas. Seperti, Di Public Gold, harga emas boleh berubah setiap 20 minit.
Harga emas yang sesuai dibeli oleh anda adalah subjektif. Oleh itu, sebilangan pelabur sangat senang untuk membeli emas ketika harganya berada di tengah-tengah tempoh yang sangat kuat. ini kerana, ada setenggah pelabur suka membeli semasa tempoh emas yang stabil atau semasa penurunan. tetapi dengan cara apa sekalipun, anda pasti ingin membeli emas hanya kerana anda berfikir bahawa harga emas sangat sesuai untuk di beli dan dijadikan asset.
5. Memahami kekuatan nilai emas
Sangat lah Penting untuk kita fahami bahawa memiliki emas adalah memiliki aset yang selamat. Ianya bukan semata-mata untuk membuat keuntungan besar pada akhir bulan atau tahun. Sekiranya anda kebetulan membeli emas pada masa yang tepat dan anda mendapat keuntungan yang besar itu adalah rezeki anda. Pelaburan emas ini adalah untuk memelihara kekayaan dan melindungi diri anda daripada krisis kewangan dengan. Sejarah trend harga emas menggambarkan bagaimana emas lebih cenderung dengan memberikan pulangan yang lebih baik, berbanding dengan pelaburan aset yang lain.