Nilai ringgit menyusut berbanding dolar AS pagi ini selepas dolar Amerika Syarikat (AS) kekal teguh walaupun data inflasi AS mencatatkan kenaikan yang lebih perlahan untuk Januari.
Pada 9 pagi, ringgit menyusut kepada 4.3570/3620 berbanding dolar AS daripada penutupan Selasa pada 4.3455/3495.