Reserve Bank of Australia (RBA) membuat keputusan hari ini untuk mengekalkan kadar faedah semasa pada paras 0.25 persen, walaupun ada desas-desus yang beredar bahawa mereka bersedia untuk menurunkan kadar faedah dalam usaha membantu meningkatkan ekonomi Australia.
Mesyuarat hari ini telah memutuskan untuk memberi lebih tumpuan kepada kadar pengangguran yang tinggi sebagai keutamaan nasional yang perlu diselesaikan dalam jangka masa terdekat.
RBA merancang untuk membeli bon kerajaan, dalam masa yang sama menyediakan pakej pinjaman mudah rendah kadar faedah dan melihat kesannya dalam jangka masa terdekat.
Beberapa desakan dan saranan kepada RBA untuk secara agresif mengubah dasar monetari dan berusaha untuk menurunkan kadar faedah dan mungkin memulakan idea langkah ke arah kadar faedah negatif.
Langkah ini diperlukan untuk memberi kredit yang murah kepada peminjam, mengurangkan kadar simpanan dan mendorong orang Australia untuk meminjam dan berbelanja kembali ke dalam pasaran. Perlahan tetapi pasti, wang akan mula beredar di dalam pasaran dan membantu pelbagai segmen perniagaan untuk kembali bernafas, sekaligus meningkatkan ekonomi.
Namun, RBA akan menunggu sebulan lagi sebelum mengambil tindakan mengurangkan kadar faedah. Mereka akan menilai kembali prestasi ekonomi setelah belanjawan persekutuan dan program rangsangan mula masuk ke pasaran dan melihat bagaimana ia akan menyokong kadar penciptaan pekerjaan.
Gabenor RBA meramalkan jumlah pengangguran akan bertambah sakit dan tetap tinggi untuk jangka waktu tertentu. “Ekonomi global secara beransur-ansur pulih setelah penguncupan yang teruk,” katanya. “Namun, pemulihan tidak sekata dan keadaan seterusnya bergantung pada situasai pandemic virus Covid-19.”