Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell dan ahli Fed yang lain terus mengunjurkan kadar faedah hampir sifar sekurang-kurangnya sehingga 2023 walaupun telah menambah baik tinjauan ekonomi Amerika Syarikat serta berlakunya kebimbangan inflasi dalam pasaran kewangan.
Tujuh daripada 18 pegawai meramalkan kadar yang lebih tinggi pada penghujung 2023 berbanding 5 daripada 17 pada mesyuarat bulan Disember, menunjukkan kumpulan yang lebih besar yang melihat penarikan dasar monetari yang longgar, menurut unjuran suku tahunan baru daripada Fed.
Fed menjangkakan peningkatan dalam inflasi pada tahun ini hanyalah bersifat sementara. Para pegawai melihat pilihan ukuran tekanan harga akan perlahan ke 2% tahun hadapan selepas meningkat kepada 2.4% pada tahun ini, menurut unjuran yang dilakukan. Tidak termasuk tenaga dan makanan, inflasi diramalkan mencecah 2.2% tahun ini dan jatuh ke 2% pada 2022.
Ditanya mengenai peningkatan dalam pulangan perbendaharaan, Powell menolak idea bahawa Fed sepatutnya mengikuti pasaran, sebaliknya mengatakan pendirian semasa dasar Fed, termasuklah program pembelian aset, adalah berpatutan.
Bantuan fiskal yang besar serta vaksinasi yang meluas akan membantu membuka semula ekonomi telah meningkatkan jangkaan pelabur mengenai peningkatan kadar dan inflasi, seterusnya menyebabkan pulangan perbendaharaan meningkat dengan bank pusat dan kerajaan persekutuan terus membuat rangsangan ekonomi.
Julat kadar penanda aras dana persekutuan dikekalkan pada 0%-0.25%, seperti mana pada Mac lalu. Keputusan FOMC pada hari Rabu adalah sebulat suara.