Pilihan raya umum Malaysia 2023, secara rasmi pilihan raya umum Malaysia ke-15, dijadualkan diadakan pada atau sebelum 16 September 2023 untuk memilih anggota Dewan Rakyat di Parlimen Malaysia ke-15. Semua 222 kerusi akan dipilih untuk pilihan raya, dengan anggapan tidak ada konstituen yang ditambah atau dikeluarkan dalam pengagihan semula.
Ketika Parlimen ke-14 pertama kali bersidang pada 16 Julai 2018, secara automatik akan dibubarkan pada 16 Julai 2023 jika tidak dibubarkan lebih awal. Secara tradisinya, pilihan raya untuk semua badan perundangan negeri (kecuali Sarawak, diadakan pada tahun 2021 dan Sabah, diadakan pada tahun 2020) juga diadakan serentak.
Walaubagaimanapun,melihat pada kadar persiapan pilihanraya oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR),agensi-agensi keselamatan dan juga kerancakkan persiapan pilihanraya oleh parti-parti politik di Malaysia ketika ini,analisa oleh kami mendapati,Parlimen dijangka dibubarkan pada bulan November 2022 dan Pilihanraya Umum ke 15 diadakan pada bulan Disember melangkaui kebiasaan dimana seperti yang kita ketahui,umumnya bulan November & Disember adalah musim tengkujuh.Fasiliti sekolah-sekolah terutama di pantai timur semenanjung Malaysia turut dimobilisasi untuk persiapan banjir oleh NADMA.
Walaubagaimanapun,ini hanyalah sekadar analisa dan pandangan kami berdasarkan dapatan perisian kecerdasan buatan pada masa ini.Seperti yang kita tahu,suhu politik di negara kita adalah tidak menentu dan cepat berubah.Bila pun PRU 15 bakal diadakan,kita berharap ianya dapat dilaksanakan secepat mungkin agar dapat mengembalikan kepercayaan pelabur dan kestabilan ekonomi dan politik di negara kita,
Selamat mengundi & membuat pilihan.