Bank Negara Malaysia (BNM) berkata perolehan pertukaran asing (FX) harian Malaysia melonjak ke paras tertinggi pada rekod AS$49.88 bilion pada Khamis (21 Julai) daripada AS$14.77 bilion sehari sebelumnya.
Kemas kini ‘turnover’ FX harian BNM, yang bermula sejak 3 Jan 2017, menunjukkan bahawa pada Selasa (19 Julai), ‘turnover’ FX negara meningkat kepada AS$14.25 bilion daripada AS$13.03 bilion pada Isnin (18 Julai).
BNM tidak menghuraikan perubahan dalam perolehan FX harian Malaysia.