LAPORAN MINIT MESYUARAT RESERVE BANK OF AUSTRALIA (RBA) HARI INI
15 Sept. 2020 – RBA hari ni secara rasmi mengeluarkan minit mesyuarat penuh berkenaan keadaan ekonomi dan polisi kewangan semasa mereka. Antara intipati penting yang ada dalam laporan tersebut ialah, RBA akan mengekalkan kadar faedah semasa pada paras 0.25% dan mereka komited untuk kekal dengan paras tersebut sehingga ekonomi berjaya dipulihkan.
RBA mensasarkan pertumbuhan kadar pekerjaan yang lebih tinggi berbaning sebelum di mana 5.98% yang dicatatkan pada mesyuarat lepas. Mereka juga mensasarkan kadar inflasi yang lebih stabil dalam jangka masa terdekat.
Rancangan pemulihan dan ransangan ekonomi giat dijalankan pada ketika ini dan RBA bersedia untuk terus menerus meransang ekonomi selagi mana diperlukan. Setakat ini, system ekonomi dan perbankan Australia masih kukuh dalam menghadapi krisis pandemic COVID-19. Daya tahan ekonomi yang tinggi ditunjukkan oleh Australia diterjemahkan dengan pengukuhan Australian Dollar pada tahun ini.
Secara keseluruhan, ekonomi Australi dilihat masih kukuh. Walaubagaimanapun, berdasarkan minit mesyuarat pada hari ini, RBA tetap menegaskan bahawa nilai Australian Dollar yang lebih rendah akan lebih membantu pemulihan ekonomi untuk jangka masa panjang.