KENALKAN Noel Allen Bose.
Beliau merupakan seorang peguam di Sorsogon City, Filipina yg baru-baru ini menjadi viral.
Beliau bergambar di depan mahkamah dengan upahnya yg merupakan ketam hidup. Ini kerana pelanggannya tidak mampu membayar kos guamannya.
Namun begitu pelanggan tersebut memberinya ketam yang ditangkapnya sebagai ganti upah dan Noel Allen menerimanya.
Duit bukanlah segala galanya.
Dia berkata, dia sangat berbangga dapat berkhidmat untuk rakyat di negaranya yang kebanyakannya dari golongan miskin.
Agaknya di Malaysia ada tak sifu Saham dan sifu Forex yang sanggup buat macam ni?