Pasaran kripto dilapor mencatat kerugian kira-kira USD1.2 trilion (RM 5.02 trilion) sejak 8 November lalu, lapor The Street.
Lebih parah, situasi berkenaan dikatakan mungkin bertambah teruk memandangkan trend penurunan dilihat masih berterusan.
‘Crash, rout, collaper‘, tiada perkataan yang mampu menggambarkan keadaan pasaran kripto sejak awal tahun lagi.
Kebanyakan mata wang kripto mengalami kejatuhan selepas mencatat pencapaian tertinggi pada awal November tahun lepas
Menurut CoinGecko, pasaran mata wang kripto dunia dipercayai bernilai lebih daripada USD3.1 trilion (RM 12.98 trilion).
Namun, nilai tersebut didakwa menurun kepada USD 1.77 trilion (RM 7.41 trilion) pada 21 Januari lalu.
Antara penyumbang utama penurunan tersebut adalah kejatuhan harga Bitcoin sebanyak 46.8 peratus yang sebelum ini pernah merekodkan nilai tertinggi pada USD 69,044 (RM 289,052) pada 10 November lepas.
Harga Bitcoin ketika ini berada pada sekitar USD36,886 (RM 154,424), namun dijangka akan terus menyusut.
Ethereum yang merupakan mata wang kripto kedua terbersar mengikut modal pasaran telah mencecah USD 4,878 (RM 20,422), mencapai paras tertinggi sepanjang masa.
Kini, mata wang tersebut didagangkan pada USD 2,552 (RM 10,687) dan menunjukkan penurunan sebanyak 47.7%.
Sumber : The Street
Leave a comment