Menjelang minit mesyuarat FOMC yang akan dikeluarkan oleh Federal Reserve, pasaran menanti apakah butiran rasmi yang akan terbit dan hala tuju terkini yang akan di sampaikan oleh FEDS. Pad tahun 2020, sepertimana kebanyakan Bank Pusat yang lain, FEDS mengambil langkah drastik dengan mengumumkan Loose Monetary policy dan mengambil keputusan merendahkan kadar faedah kepada 0.25%.
Jelas keputusan ini diambil atas faktor untuk meransang kembali ekonomi negara akibat pandemik Covid-19 yang melanda dunia.
Setakat hari ini 19 Ogos 2020, US Dollar dilihat terus melemah. Kelemahan US
Dollar ini dikaitkan dengan situasi di mana rundingan di antara pihak Demokrat
dan Republik masih menemui jalan buntu dalam menentukan pakej ransangan yang
akan diguna pakai bagi memulihkan kembali ekonomi yang terjejas.
Pelabur memilih jalan selamat untuk tidak memilih US Dollar sebagai pilihan utama kerana bimbang akan ketidak tentuan tersebut.
Beberapa matawang utama global dilihat mengatasi nilai US Dollar pada ketika ini. Australian Dollar berada pada paras 0.72700 setakat hari ini apabila disandarkan kepada US Dollar, peningkatan yang berterusan sejak pasaran minggu ini pada hari Isnin di mana harga bermula pada paras 0.71700.
Matawang Eropah juga mengatasi matawang US Dollar seperti EURO/USD (1.19700) dan GBP/USD (1.32480) dimana peningkatan berterusan sejak Isnin lalu.
SERTAI PERTANDINGAN BATTLE OF TRADERS 2020!.
Daftar Battle of Traders di https://form.jotform.com/202161228542042
Sertai channel telegram khas BOT2020 untuk info terkini di https://t.me/BOT2020cdgglobal
Tonton segmen pengenalan khas BOT 2020 untuk maklumat penuh mengenai kejohanan di https://www.facebook.com/OnlineForexRadio/videos/225886445372987/
Battle of Traders 2020 dikuasakan oleh CDG Global, ‘one stop for all your trading need’. Ikuti CDG Global di https://www.facebook.com/cdgglobalMY untuk informasi dan maklumat terkini.