2 Okt. 2020 – Pasaran menanti dengan penuh minat laporan Non-Farm Payroll yang akan dikeluarkan pada malam ini. Menurut jangkaan terkini, negara Amerika Syarikat telah menambah 850K jumlah pekerjaan baru pada September 2019, lebih rendah daripada bulan sebelumnya di mana 1.37M dicatatkan.
Beberapa data ekonomi yang lain mencatatkan laporan yang positif memungkinkan sesuatu yang positif akan diumumkan pada malam ini. Keyakinan pengguna juga meningkat pada bulan September, menurut CB dan University of Michigan, keduanya mencapai tahap tertinggi sejak wabak itu bermula. Selain itu, indeks ISM menunjukkan bahawa sub-komponen pekerjaan terus meningkat.
Jumlah pemberhentian pekerja telah meningkat pada bulan September menjadi 118.804K dari 115.762 ribu pada bulan Ogos, sementara JOLTS Job Openings menunjukkan bahawa jumlah pengambilan pekerja meningkat kepada 6.61 juta pada bulan Julai.
Walaubagaimanapun, US Dollar pada ketika ini bergantung kepada sentimen pasaran. NFP pada malam ini merupakan NFP terakhir kepada D.Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat. Para pelabur dan pedagang masih berteka-teki dengan keadaan politik di Amerika Syarikat menjelang pilihan raya presiden yang akan berlangsung pada bulan November 2020.
Dari sudut pair forex, GBP/USD berkait rapat dengan situasi semasa Brexit, memungkinkan tiada pergerakan yang ketara menjelang laporan NFP manakala EUR/USD dilihat menarik untuk didagangkan kerana EURO akan sentiasa membayangi USD pada ketika sentimen tidak menyebelahi matawang Greenback itu. Fokuskan juga kepada matawang yang berkait rapat dengan pasaran komoditi seperti Australian Dollar dan Canada Dollar kerana kedua-dua matawang ini sensitif dengan risiko-sentimen.