Menjelang mesyuarat rasmi Reserve Bank of Australia (RBA) pada 1 September 2020, pasaran berada dalam keadaan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan pengumuman yang akan dilakukan. Pada masa kini, Aussie Dollar dilihat mengukuh berbanding matawang utama lain.
Aussie Dollar masih mendominasi dagangan apabila didagangkan pada paras tertinggi dalam masa dua tahun kebelakangan ini berbanding US Dollar. Para harga kini berada pada paras yang menghampiri 0.74000, tertinggi pada tahun ini dan merupakan lonjakan yang aggresif sejak Mac 2020 berbanding pada paras 0.57000 pada awal tahun.
RBA dijangka tidak akan melakukan perubahan drastik berkenaan polisi kewangan dan dijangka akan terus kekal dengan kadar faedah semasa pada paras 0.25%. Apa yang lebih menarik perhatian pedagang ialah apakah tindak balas serta komen RBA berkenaan ekonomi semasa dan perkembangan terkini situasi pandemik COVID-19 setakat ini.