Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera kepada semua pembaca setia Majalah Forex Malaysia.
Pada edisi ke-101 ini, kami ingin berkongsi pengalaman serta panduan untuk semua pedagang dalam menghadapi gelora pasaran apabila berlaku peristiwa besar seperti Pilihan Raya Presiden United States.
Dalam edisi kali ini, kami menyingkap kembali keadaan pasaran semasa pilihan raya presiden yang lalu dan diolah kepada jangkaan apa yang akan berlaku pada tahun ini.
Minggu lalu, beberapa idea dagangan yang disediakan berjaya membuahkan hasil yang positif!. Minggu ini, kami sediakan lagi beberapa idea dagangan untuk semua.
Selamat membaca!.