Liz Truss telah memenangi pertandingan kepimpinan Parti Konservatif yang memerintah pada hari Isnin dan akan menjadi perdana menteri baharu Britain selepas menggantikan Boris Johnson yang digulingkan.
Pemimpin baharu parti itu akan mewarisi majoriti parlimen dan oleh itu menjadi perdana menteri berikutan prosedur penyerahan rasmi pada Selasa.
Berikut adalah keputusan undian kepimpinan terakhir, yang dijalankan di kalangan ahli Parti Konservatif. – Reuters
Liz Truss – 81,326 undian (57.4%)
Rishi Sunak – 60,399 undi (42.6 %)