Keghairahan rakyat Malaysia memilih untuk bercuti di Thailand dikatakan berpunca daripada kos percutian yang lebih murah,perkhidmatan dan layanan yang lebih baik serta akses perhubungan yang mudah menjadi nilai tambah dalam memilih negara itu sebagai destinasi perlancongan berbanding ke Langkawi yang keselesaan serta layanan tempat penginapan tidak sepadan dengan harga serta harga makanan serta kemudahan lain yang mencekik darah meskipun trend ini dilihat boleh menjejaskan industri pelancongan seluruh negara termasuk di Langkawi apabila kedatangan ke pulau peranginan itu semakin menyusut.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA), Zainudin Kadir, maklumat awal yang diperolehnya mendapati kedatangan pelancong terutama penduduk tempatan menurun sehingga 48.9 peratus sepanjang cuti Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini.
Setelah sekian lama dinantikan orang ramai, akhirnya sejak beberapa bulan lalu, mereka yang berada di Malaysia diberi ‘lampu hijau’ untuk ke Thailand menerusi penggunaan pas lintas sempadan atau pasport.
Pembukaan pintu sempadan ini nampaknya telah mendapat sambutan meriah khususnya daripada rakyat Malaysia yang berpusu-pusu mahu masuk ke Thailand. Malah, minggu ini turut menyaksikan sejumlah besar kenderaan yang terpaksa beratur panjang semata-mata mahu melintasi sempadan Malaysia-Thailand.
Walaubagaimanapun,trend bercuti di negara jiran ini merupakan keadaan yang tidak baik untuk ekonomi negara ketika Ringgit sedang jatuh ini jika proses pengaliran mata wang ke luar negara terus berlaku tanpa ada usaha menyeimbangkan antara kedua-dua aliran tunai berkenaan.