Kerajaan kini secara berperingkat memansuhkan sistem subsidi menyeluruh ke arah sistem subsidi bersasar, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Beliau berkata, peralihan fasa ke fasa ke arah sistem subsidi yang disasar memerlukan pembiayaan dan dasar fiskal yang betul.
“Subsidi menyeluruh sudah menjadi ciri dalam ekonomi Malaysia selama beberapa dekad. Bukan perkara mudah untuk cuba perlahan-lahan membawa semua orang untuk menghapuskan sistem subsidi menyeluruh tetapi kerajaan telah melakukannya.
“Saya berasa amat lega kerana kita mengambil langkah itu dan teguh bertahan dalam tempoh enam bulan lalu.
“Bagi subsidi elektrik ia sudahpun dilakukan dan seterusnya kita akan beralih kepada subsidi diesel dan petrol. Ia juga merupakan satu cabaran untuk mencapai keseimbangan antara pembiayaan dan keupayaan,” katanya.
Rafizi berkata demikian pada sesi peringkat menteri mengenai “Policies and Pathways for Sustainable Asia” di persidangan Energy Asia 2023 yang berlangsung di sini, hari ini.