17 Nov. 2020 – Dunia sememangnya menantikan kemunculan vaksin kepada Covid-19 setelah kemunculan virus ini sejak penghujung tahun lalu yang menyaksikan sektor ekonomi terjejas teruk
Angka jangkitan telah mencecah lebih 5 juta di mana 1 juta kematian direkodkan setakat ini memberi gambaran betapa seriusnya wabak yang sedang dihadapi global. Langkah seperti kawalan pergerakan adalah perlu untuk mengawal penularan wabak, tetapi implikasi kepada ekonomi adalah serius.
Jika dilihat kepada beberapa sektor pasaran global, seperti pasaran saham dan indeks, sebagai contoh indeks US 30, kejatuhan serius berlaku pada awal Februari 2020. Begitu juga dengan harga minyak mentah global juga mencatatkan perkara yang sama apabila jatuh ke paras terendah dalam sejarah.
Walaubagaimanapun, setelah mengharungi cabaran lebih 10 bulan dalam menangani kesan penularan wabak ini, berkemungkinan global sudah sedikit sebanyak menyesuaikan diri hidup dengan suasana norma baharu ini. Pasaran kembali aktif dan kembali normal, walaupun tidak sepenuhnya sebelum kemunculan wabak ini.
Pasaran indeks Amerika Syarikat kembali melonjak, harga minyak kembali mula stabil ke paras yang lebih baik berbanding semasa awal kemunculan Covid-19. Tambahan pula berita mengenai kemunculan vaksin menambah optimism pasaran.
Klik pautan dibawah untuk bacaan lanjut.
https://www.theedgemarkets.com/article/moderna-says-its-vaccine-945-effective-preventing-covid19
PASARAN TUKARAN MATAWANG (FX)
Berbeza dengan pasaran lain, pasaran tukaran matawang adalah sedikit berbeza kerana jika ada satu matawang jatuh kerana terkesan dengan lebih teruk oleh pandemk ini, pastinya ada matawang lain yang mengukuh.
Pasaran dua hala ini membuka ruang dan peluang kepada pedagang untuk tetap menghasilkan keuntungan jika berjaya membuat analisa pasaran dengan lebih baik. Sebagai contoh, Amerika Syarikat adalah negara yang paling teruk terjejas oleh situasi pandemik ini apabila merekodkan kes jangkitan tertinggi dan angka kematian yang turut tinggi.
Nilai US Dollar jika diperhatikan pada tahun 2020 ini menunjukkan kelemahan yang ketara berbanding matawang utama dunia yang lain seperti Euro, Pound Sterling dan Yen. Keadaan geopolitik di A.S juga menambah kerisauan pelabur dan pedagang matawang terhadap potensi nilai US Dollar.
VAKSIN COVID-19 DAN REAKSI PASARAN
Berita mengenai kemunculan vaksin ini memberi keyakinan tambahan kepada dunia terhadap masalah pandemic Covid-19. Walaupun masih dalam peringkat uji kaji, laporan demi laporan berkaitan vaksin ini memberi kesan terhadap pergerakan pasaran.
Jika kita kaji pergerakan harga emas, setiap kali berita mengenai vaksin muncul, harga emas akan jatuh mendadak. Kenapa?.
Perkara ini berlaku kerana adanya faktor permintaan dan penawaran secara asas. Sejak Covid-19 muncul, harga emas meningkat naik mendadak. Emas adalah logam berharga dan merupakan pelaburan yang paling stabil. Oleh itu, sekiranya berlaku krisis global, pelabur dan pedagang akan tertumpu kepada pelaburan emas sekaligus meningkatkan nilai emas.
Walaubagaimanapun, harga emas yang terlalu tinggi menyebabkan permintaan akan berkurang sekaligus membuka ruang untuk harga emas sedikit jatuh dan membuat pembetulan harga.
Berita mengenai kemunculan vaksin Covid-19 menyebabkan harga emas jatuh seketika, dan ianya berlaku secara berturut-turut sejak minggu lalu. Kenapa?.
Ini kerana berita mengenai vaksin Covid-19, memberi sedikit keyakinan kepada pasaran suasana ekonomi akan kembali pulih dan pelabur dan pedagang boleh memilih pelaburan selain daripada emas, sekaligus menyebabkan harga emas jatuh.