Sejak kebelakangan ini, isu berkenaan tentang pengeluaran wang KWSP sedang hangat diperkatakan. Ramai para pencarum / rakyat yang ingin supaya pengeluaran wanga KWSP dapat dilaksanakan supaya dapat membantu menampung pembelanjaan kos sara hidup akibat terjejas pendemik Covid-19.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berpandangan ini adalah masa paling sesuai dan tepat untuk pihak Kerajaan membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau lebih dikenali sebagai KWSP adlah selepas pembayaran dividen tahun 2021 dan sebelum menjelang bulan Ramadan.
Menurut beliau turut mencadangkan 4 langkah wajar perlu dipertimbangkan oleh pihak Kerajaan bagi memulihkan semula baki simpanan KWSP yang rendah bagi mereka yang terjejas akibat pendemik Covid 19, katanya menerusi hantaran di Platform Facebook pada ahad lalu.
Pengeluaran i-Citra RM 10,000 (One-off)
Ahli perlimen Pekan itu turut mencadangkan supaya pengeluaran i-Citra sebanyak RM 10,000 dilaksanakan, penstrukturan semula kadar dividen KWSP serta kadar caruman majikan dinaikkan semula, dan memulihkansemula projek kereta api laju (HSR) dari Kuala Lumpur ke Singapura.
”Beri Projek Bandar Malaysia kepada KWSP dan Permodalan Nasional Berhad (PNB). Cadangan beri beberapa projek Kerajaan kepada KWSP dan syarikat milik KWSP,” Katanya.
Pada masa yang sama, beliau berharap agar supaya sokongan diberikan oleh ahli politik serta parti mengenai pengeluaran berkenaan adalah berterusan bukan sekadar sokongan sementara sempena pilihan raya Negeri (PRN) pada tahun ini.
”Semasa kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor , ramai dari pihak sebelah sana yang pernah membantah pengeluaran khas kali terakhir KWSP RM 10,000 tiba-tiba menyokong pula”
Desakan mengenai kebenaran pengeluaran khas KWSP terus dibangkitkan apabila tempoh bagi 3 skim pengeluaran membabitkan i-Citra, i-Sinar dan i-Lestari sudah berakhir.
PENGELUARAN KHAS KWSP 10K DIBENARKAN
Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik COVID-19 melanda negara dua tahun lalu.
Berdasarkan dapatan kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam fasa pemulihan selepas pandemik ini, ada dalam kalangan Keluarga Malaysia yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.
Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP.
Justeru itu, pada hari ini Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000.
Menurut Perdana Menteri, ini merupakan keputusan yang sukar kerana ia melibatkan simpanan hari tua rakyat dan pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.
Perkara ini diumumkan dalam sebuah Pengumuman Khas Perdana Menteri pada jam 1.30 tengah hari sebentar tadi (16 Mac 2022).
“Walaupun Kerajaan memberikan kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP ini, namun saya merayu kepada para pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.”