Presiden Indonesia Joko Widodo bersama rombongannya tiba di Moscow bagi merayu Vladmir Putin,Presiden Rusia memberi jaminan untuk laluan perdagangan eksport gandum yang selamat dalam usaha menangani krisis makanan global.Putin telah menerima permintaan Jokowi untuk bertemu dengannya di Moscow.
Presiden Indonesia Joko Widodo sebelum itu telah menawarkan diri untuk menyampaikan mesej daripada Presiden Ukraine Volodymr Zelenskiy kepada pemimpin Rusia Vladimir Putin dalam usaha mencari perdamaian antara Rusia dan Ukraine yang sedang berperang.
Jokowi ialah pengerusi G20 yang mewakili 20 negara dan salah seorang daripada enam pemimpin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang telah dilantik sebagai jurucakap Kumpulan Tindak Balas Krisis Global, yang ditubuhkan untuk menangani krisis makanan,ancaman kelaparan dan kemelaratan akibat perang di Ukraine.
Setakat ini Kremlin masih belum mengeluarkan berita rasmi mengenai hasil pertemuan itu.