Kerajaan Jepun hari ini akhirnya mengisytiharkan darurat bagi kawasan Tokyo kerana penularan pandemic Covid-19 yang semakin serius. Sebelum ini kerajaan Jepun di bawah pentadbiran Yoshidie Suga masih teragak-agak untuk mengisytiharkan darurat kerana bimbang kesan buruk kepada ekonomi.
Tetapi hari ini beliau terpaksa mengumumkan darurat bagi kawasan Tokyo bermula hari ini sehingga 7 Februari 2021. Semua penduduk perlu berada di rumah dan operasi restoran dan bar perlu ditutup pada jam 8 malam. Lain-lain perniagaan seperti kedai runcit, gym dan pusat hiburan akan dipendekkan masa operasi harian.
Tokyo mencatatkan 2,447 kes baharu hari ini, menjadikan angka tertinggi setakat ini. Jika tren kenaikan ini terus meningkat, hospital tidak akan dapat menampung jumlah pesakit yang dijangkiti virus Covid-19.
SUMBER GAMBAR: https://images.app.goo.gl/SNsk7BffSaQtrg6p6