1. Emas 999(24K)
Jenis emas 999 adalah emas asli yang mempunyai ketulenan 99.9%. Ia juga turut dipanggil emas 24K. Jenis emas yang paling mahal ini sesuai digunakan untuk pelaburan dan juga simpanan. Oleh kerana ini, bentuk emas paling tulen, ia secara semula jadi lebih mahal daripada emas 22K atau 18K.
Walau bagimanapun, jenis emas ini mempunyai ketumpatan lebih rendah berbanding dengan emas yang mempunyai karat yang lebih rendah. Dalam erti kata lain, emas 24K adalah lebih lembut dan mudah dibentuk.
Oleh itu, ia tidak sesuai untuk dijadikan sebagai perhiasan biasa. Kebanyakan produk yang dihasilkan mengunakan emas 24K adalah bar dan syiling emas.
2. Emas 950(23K)
Emas 950 ini adalah jenis emas yang seringkali digunakan dalam pembuatan cincin dan gelang tangan. Jenis emas yang dikenali sebagai 23K ini mempunyai kandungan emas sebanyak 95% dan 5% pula adalah campuran bahan lain.
3. Emas 916(22K)
Emas 22K juga adalah nama lain bagi emas 916 ini. Emas ini paling banyak digunakan dalam penghasilan gelang tangan, rantai, cincin dan barang perhiasan wanita. Ia terdiri daripada 91.6% emas, 5% perak, tembaga 3.4% dan bahan lain sebanyak 8.4%.
Penambahan logam-logam lain ini membuatkan tekstur emas 916 lebih keras sehingga menjadikan perhiasan itu tahan lama. Walaupun emas ini boleh digunakan untuk membuat barang kemas emas biasa, emas 22K tidak sesuai untuk ditatahkan berlian.
4. Emas 835(20K)
Orang Kelantan pasti amat mengenali emas ini kerana ia amat popular di negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Emas yang turut digelar emas 20K ini mempunyai 83.5% kandungan emas manakala 16.5% adalah kandungan campuran bahan yang menguatkan emas tersebut.
5. Emas 750(18K)
Emas 18K juga terdapat di Malaysia dimana ia mengandungi beberapa bahagian. Bahagian emas adalah sebanyak 18, 6 pula adalah bahagian satu atau lebih logam dengan 75% adalah emas.
6. Emas 585(14K)
Emas 14K terdiri daripada kandungan emas sebanyak 58.3%, 14 bahagian emas dan 10 bahagian daripada satu atau lebih logam. Kita boleh membuat semakan di mana-mana kedai emas untuk memastikan ketulenan emas tersebut.
7. Emas 12K
Mengandungi 12 bahagian emas, Emas 12K juga mempunyai 12 bahagian daripada satu atau tambahan logam. Ketulenan emas bagi emas 12K adalah sebanyak 50% emas. Semakin banyak campuran bahan lain, semakin membolehkan emas menukar warnanya. Ia dicampur dengan bahan lain untuk menjadikannya lebih keras dan tahan lasak berbanding mengekalkan keaslian sifat lembut emas tersebut.
8. Emas 9K
8) Emas 9 karat (9K) –
Juga dikenali sebagai emas 375 atau suasa.
CIRI CIRI WARNA EMAS
1.EMAS KUNING (YELLOW GOLD)
Perak, tembaga, dan zink digabungkan dengan emas tulen untuk menghasilkan emas kuning.
Daripada semua warna emas ia adalah yang paling tulen, paling hipoalergenik,
dan penyelenggaraan paling sedikit bagi semua warna emas
2.EMAS PUTIH (WHITE GOLD)
Emas putih dicipta daripada platinum dan emas (atau paladium). Ia dihasilkan daripada
emas , paladium , nikel dan zink . Emas putih lebih teguh dan tahan calar . Selain itu ia juga lebih
murah daripada emas kuning
3.EMAS MERAH JAMBU (ROSE GOLD)
Emas, kuprum dan perak digabungkan untuk menghasilkan emas merah jambu . Oleh kerana emas ini menggunakan
temabaga yang lebih murah untuk mendapatkan warnanya ia lebih menjimatkan daripada warna emas lain.
Emas merah jambu ini lebib tahan dari emas kuning dan putih kerana ia mengandungi banyak tembaga
4.EMAS HIJAU (GREEN GOLD)
Emas hijau (atau elektrum) hasil campuran dari emas , perak dan sedikit tembaga .
Apa yang dimaksudkan dengan Karat?
Karat ialah ukuran pecahan ketulenan untuk emas yang mempunyai 24 bahagian keseluruhannya. Semakin tinggi karat, semakin tulen emas dan maksimum adalah 24.
Emas tulen adalah 24 karat tetapi kebanyakan barang perhiasan dicampurkan dengan logam lain kerana emas tulen terlalu lembut.
Mengapa Emas perlu di Campur Dengan Logam Lain?
Emas tulen sifatnya amat lembut dan tidak sesuai untuk kegunaan harian maka ia perlu dicampur dengan logam lain supaya tahan lasak dan lebih keras.Menambahkan logam lain sebagai campuran “metallurgists” membolehkan anda menukar warna emas.
Paladium atau nikel boleh ditambah untuk mencipta emas putih. Menambahkan tembaga menghasilkan warna mawar atau merah muda.