Peningkatan kes COVID 19 di Malaysia dilihat semakin membimbangkan.Pelbagai polemik muncul menambahkan kekusutan.Umumnya,rakyat melihat PKP separuh masak dan pelbagai lompong dari segi SOP dan penguatkuasaan adalah punca peningkatan kes yang mendadak.Di pihak kerajaan pula,pertimbangan rasional bagi mengimbangi desakan umum dan kestabilan ekonomi yang kian parah juga harus diberi perhatian.Situasi ini memberikan dilema yang berpanjangan.Barisan hadapan negara juga semakin letih dan kepenatan dimana hospital-hospital di negara kita semakin padat,PDRM & ATM pula dibebani tugas SJR yang lebih banyak disamping tugas hakiki menjaga ketenteraman awam,sempadan negara dan keselamatan laut,darat & udara.
Walaubagaimanapun,desakan rakyat juga adalah wajar.Dengan kadar jangkitan dan kadar kematian yang meningkat mendadak,adalah sepatutnya nyawa rakyat tidak dipertaruhkan atas nama ekonomi.Wang boleh dicari ganti tetapi nyawa amat berharga.Apatah lagi tahap emosi rakyat juga semakin membimbangkan berikutan sudah setahun lebih hidup dalam ketidak tentuan.
Tiada cara lain selain ‘total lockdown’ sekurang-kurangnya selama 21 hari yang dapat mengekang varian-varian COVID 19 yang telah bermutasi daripada merebak lebih pantas.Buat sekarang atau kita sampai ke garisan ‘point of no return’ dan menjadi seperti negara India.
Lanjutkan moratorium tanpa faedah dan caj penalti untuk membantu rakyat dan golongan pemodal.Pastikan pemilik premis-premis perniagaan mendapat perlepasan moratorium secukupnya agar tiada lagi pemilik perniagaan yang menyewa dengan mereka terpaksa mengambil keputusan sukar untuk menutup perniagaan kerana tidak mampu lagi menanggung beban sewa dengan keadaan perniagaan kian merosot hari demi hari.
I sinar 2.0,I lestari 2.0 dan pelbagai insentif bantuan lain wajar diberi bagi memastikan rakyat mempunyai wang untuk berbelanja dan memastikan ekonomi terus berjalan dan wang berada dalam kitaran ekonomi.Tanpa kemudahan,insentif dan bantuan sebeginilah ekonomi boleh ‘collapsed’ jika ‘total lockdown’ diadakan.
Kita tidak seharusnya berfikir panjang dalam memilih antara nyawa dan ekonomi.Sekiranya kehilangan nyawa akibat penularan wabak COVID 19 makin bertambah parah diakhirnya ia tetap akan meruntuhkan ekonomi.Kita sekarang sedang berlumba dengan masa sama ada bertindak sekarang atau menanggung akibatnya.
Selamatkanlah MALAYSIA !!!