Harga Emas Berpotensi Pecah Rekod Tertinggi
Harga emas memiliki potensi melepasi paras tertinggi dalam sejarah kepada RM9,205.77 seauns atau RM324.72 segram tahun ini.
Harga emas melepasi paras RM8,368.88 seauns atau RM295.20 segram sebelum menghampiri paras kemuncak RM8,682.21 atau RM306.26 segram yang dicatatkan pada Ogos 2020 kepada RM8,606.14 atau RM303.57 pada 8 Mac lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif Nubex Sdn Bhd, pernah berkata harga emas tertinggi yang mampu dicapai dalam tempoh terdekat akan bergantung kepada perkembangan lain yang berlaku ketika ini.
“Faktor lain adalah perkembangan pasaran ekuiti dan kadar faedah oleh Fed AS. Namun, saya yakin semua faktor di atas menyebelahi harga emas dalam jangka masa panjang,” katanya ketika dihubungi oleh pihak BH.
Beliau berkata, melihat kepada perkembangan semasa, bekalan emas daripada pengeluar utama di Russia akan merosot disebabkan pelbagai sekatan yang dikenakan ke atas negara itu.
Harga emas sentiasa mengalami turun naik dalam jangka masa pendek, namun untuk jangka masa panjang, ia berkait secara langsung dengan bekalan mata wang dalam sesebuah ekonomi.
“Emas adalah alat melindung nilai terhadap inflasi, justeru kita akan melihat kesinambungan peningkatan harga emas ketika ini,” katanya.
Harga Emas Melambung Kepada RM272 segram
Pada 8 Mac harga komoditi semakin melambung tinggi apabila pembeli industri dan peniaga berebut mencari bahan mentah yang terjejas akibat gangguan bekalan yang disebabkan oleh pencerobohan Russia ke atas Ukraine.
Komoditi logam seperti Nikel melonjak 76 peratus, untuk mencapai paras rekod dan emas menembusi RM272 segram susulan menjadi ‘destinasi’ pelaburan selamat ketika krisis, manakala minyak dan gandum melonjak ke paras tertinggi 14 tahun.
Harga Emas Kekal Tinggi Susulan Krisis Geopolitik
Emas kekal kukuh selepas pelabur menimbang impak sekatan Barat ke atas Russia berbanding prospek dasar monetari Amerika Syarikat (AS) yang lebih ketat.
Emas bermula kukuh tahun ini berikutan peningkatan ketegangan geopolitik di Eropah, yang melonjakkan harga ke paras tertinggi dalam tempoh lebih lapan bulan walaupun menjangkakan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) akan menaikkan kadar faedah pada Mac untuk mengekang inflasi.
HARGA EMAS DUNIA DAN MALAYSIA
Harga Emas di pasaran antarabangsa didagangkan dalam matawang US Dollar, dengan berat asas dagangannya “Troy per oz”. Troy per oz adalah unit untuk semua jenis logam berharga (precious metal), dimana untuk setiap 1 Troy per oz bersamaan 31.1gram. (1 Troy per oz = 31.1gram)
Sebagai contoh, jika harga emas di pasaran antarabangsa $1623 per oz, bermakna harga emas ketika ini adala 1,623 Us Dollar untuk setiap 1 Troy auns.
Untuk mendapatkan harga dalam RM bagi setiap gram, pengiraannya seperti berikut:
1. Dapatkan harganya untuk setiap gram dahulu, caranya ialah;
Harga Sekarang ÷ Berat 1 troy oz dalam gram = Harga 1 gram emas dalam USD.
Contoh, $1,601.05 ÷ 31.1 = $51.48
2. Kira kadar pertukaran harga 1 gram emas dalam matawang Dollar tadi kepada RM, caranya;
$51.48 x RM3.1310 = RM161.18 (Harga 1 gram emas di pasaran antarabangsa).
Untuk maklumat semua, harga yang diatas adalah harga asas dagangan atau dikenali sebagai “Harga Spot”, dan ianya tidak merangkumi kos-kos sampingan yang terlibat bagi menghasilkan emas dalam bentuk fizikal. Kemudian, mereka akan memprosesnya menjadi Emas berbentuk Gold Bar dengan kos yang terlibat untuk semua proses dari awal sehingga siap untuk setiap gram adalah sekitar RM13.00 bersamaan pertambahan kos sebanyak 8% dari harga kos asal bahan mentah. Kos tambahan ini juga dikenali sebaga “Kos Premium”.