FAQ
1. Siapakah yang layak menyertai Battle if Traders 2019?.
Setiap warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas layak memohon untuk penyertaan2. Bagaimanakah proses pemilihan dibuat?
Setiap penyertaan akan diterima tanpa prejudis dan akan dihebahkan di dalam page MFM secara telus. Hanya individu nyata dan bukan Fake ID diterima sebagai pemohon.Setelah sesi permohanan tamat, MFM akan membuka sesi pemilihan kepada semua Netizen dan Trader Forex Malaysia bagi memilih senarai peserta yang layak untuk kejohanan ini.Ini bermakna pemilihan trader ke sessi Battle of Trader 2019 dibuat SEPENUHNYA oleh MAJORITI traders dari Malaysia. Pihak MFM hanya mengajukan dan mewartakan permohonan setiap pemohon untuk penilaian dan sokongan trader semua
2. Apakah Objektif Battle of Traders 2019 diadakan?
Kejohanan ini diadakan bagi melahirkan dan membuktikan bakat yang ada di kalangan Trader Forex Malaysia bagi memartabatkan industri Forex di Malaysia. Kajayaan dalam kejohanan ini akan membuktikan potensi dan keupayaan trader secara TELUS dan NYATA dan menjadi rujukan kepada traders di luar sana berkenaan teknik dan trading style yang digunapakai oleh setiap peserta. Ia juga adalah satu medan untuk MEMBUKTIKAN kepupayaan trader tanpa lagi dipengaruhi oleh cerita dongeng, mitos dan ss biru yang sentiasa kita lihat menjadi bahan marketing di luar sana. Buktikan keupayaan anda!
3. Terdapat peserta yang terpalit dalam isu kontroversi, adakah MFM mempromosi “scammer”?.
Kami menerima aduan daripada beberapa pihak berkenaan profile latar belakang peserta yang terpalit dengan aktiviti tidak sihat dalam industri Forex. Format pertandingan ini adalah menguji kebolehan trader membuat dagangan TANPA ADA RUANG UNTUK MANIPULASI SEDIKIT PUN SEBAGI CONTOH EDIT AKAUN. Oleh itu, pertandingan ini 100% menguji kebolehan trader. Kami mengalu-alukan penyertaan kepada semua, kerana objektif kami untuk melihat kebolehan trader Malaysia dan ilmu mereka boleh dimanfaatkan kepada semua.
Walaubagaimanapun, jika pihak yang mempunyai latar belakang yang tidak baik berjaya membuktikan kebolehan mereka menghasilkan profit tanpa mampu memanipulasi dagangan, kami akan tetap menyebarkan kepada umum sejarah hitam peserta supaya elakkan skim penipuan. Apa yang kami cari ialah KEBOLEHAN TRADING 100%. Jika anda rasakan anda lebih layak berbanding pihak yang ada lihat sebagai SCAMMER, buktikan kebolehan anda!. Hantar resume anda kepada kami harini juga!.
P/S: Pastinya semua gembira jika peserta kontroversi MC lebih awal, anda berhak untuk berpesta atas kegagalan peserta kontroversi tetapi bagaimana jika semua position peserta tersebut semuanya “biru”?.