Suasana permulaan cuti sekolah dilihat masih rancak dan kehidupan rakyat seolah tidak terjejas meskipun suasana inflasi digambarkan membimbang ramai orang.Kawalan harga bahan mentah yang diwujudkan kerajaan juga dikatakan berjaya menjadikan kadar inflasi di negara ini rendah iaitu sebanyak 2.2 peratus pada Mac 2022.
Meskipun kadar inflasi dijangka meningkat ekoran kenaikan harga barang, ia masih dilihat rendah dan mampu dikawal kerajaan disebabkan adanya bantuan subsidi yang meluas oleh kerajaan.
Di Amerika Syarikat (AS) (kadar inflasi) sudah 8.3 peratus, dan United Kingdom (UK) 9.0 peratus.Alhamdulillah oleh kerana di Malaysia ada kawalan harga dan subsidi, ini menjadikan kadar inflasi kita rendah, umpamanya subsidi untuk minyak masak, subsidi untuk gas.
Subsidi untuk petroleum misalnya harga sebenar adalah lebih RM4, tetapi rakyat hanya bayar RM2.05 bagi RON95 dan RM2.18 bagi diesel seliter.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, Indeks Harga Pengguna (IHP) yang mengukur kadar inflasi di Malaysia meningkat 2.2 peratus kepada 125.6 pada Mac 2022 berbanding 122.9 pada Februari, melebihi purata inflasi bagi tempoh Januari 2011 hingga Mac 2022 iaitu 1.9 peratus.