1. Emas sebagai simpanan.
1.Emas adalah simpanan dan tabungan yang baik dari sudut ketahanannya. Jika menyimpan dalam bentuk wang, kemungkinan besar untuk simpanan itu bocor adalah sangat tinggi. Antara cara ia bocor adalah melalui nilainya yang semakin merudum, naluri kita untuk berbelanja dan kemungkinan besar dipinjam saudara dan kenalan. Jadi, menyimpan dalam bentuk emas boleh mengelakkan simpanan kita dari bocor.
2. Emas sebagai aset.
Emas adalah aset yang paling mudah dibeli, dijaga dan dicairkan. Ia boleh dibeli sedikit demi sedikit, boleh dijual mahupun digadai. Ke mana saja kita pergi, hatta ke seluruh dunia sekalipun, ia boleh dibawa bersama kita dengan senang sekali.
3. Emas sebagai harta.
Emas memang sebahagian daripada harta yang boleh meningkat nilainya walaupun dengan gram yang sama. Bila harga emas meningkat, nilai kekayaan kita akan meningkat. Bila harga emas turun, kita boleh menambah harta kita dengan harga yang lebih murah. Teknik pemurataan kos juga boleh diaplikasikan dan hasilnya, kita dapat menurunkan kos pembelian yang lebih tinggi sebelum itu.
4. Emas sebagai insuran.
Emas adalah senjata di kala kesusahan. Sebab itu ia boleh menjadi apa saja bentuk insuran di waktu kecemasan yang tidak diduga. Sebagai contoh ia boleh menjadi biaya pendidikan anak-anak, alat untuk membina rumah secara tunai dan sebagainya. Dalam waktu negara ditimpa bencana alam, duit sudah tidak bernilai, terutamanya apabila kita terpaksa membeli sesuatu dari negara jiran. Maka, emaslah yang boleh menjadi duit dan mengganti fungsi duit kerana ia adalah wang sebenar seluruh dunia.
5. Emas sebagai alat pelaburan.
Emas boleh jadi alat pelaburan yang sangat baik. Sejarah membuktikan -sebagai contoh – dari tahun 2000 sehingga ke tahun 2016, harga emas mengalami kenaikan sebanyak 400% dan ia adalah kenaikan yang berulang-ulang. Para pelabur sukakan situasi begini.
6. Emas sebagai alat pengikat nilai.
Emas boleh dijadikan mekanisma pengikat nilai . Sebelum nilai turun dengan lebih teruk, ikat nilai itu dengan menukar wang menjadi emas. Jadi gram emas kita akan kekal.
7. Emas sebagai pengekal kuasa beli.
Kuasa beli emas sangat besar. Wang yang sama tidak mampu membeli barang yang sama pada waktu yang berlainan. Tetapi gram emas yang sama, boleh membeli barang yang sama, bahkan lebih lagi pada waktu yang berlainan.
8. Emas sebagai pengubah tabiat buruk.
Ramai orang gagal dan sentiasa tidak mampu untuk mengasingkan sebahagian duit pendapatan sebagai simpanan. Mesti tidak cukup. Apa kata ubah tabiat menyimpan itu kepada membeli emas, walaupun hanya dengan #1gram1bulan. Ramai orang tanpa sedar, mula mengumpul sedikit demi sedikit. Lalu tabiat menyimpan mula menggantikan tabiat boros.
9. Emas sebagai modal pusingan.
Bagi peniaga, emas boleh dipajak untuk mendapat modal untuk aktiviti perniagaan. Dengan tunai yang dipinjam bercagarkan emas dan upah simpan yang rendah, ia masih boleh menjana pendapatan dan keuntungan perniagaan yang besar. Dengan syarat, wang untung diguna terlebih dahulu untuk menebus gadaian. Untung bersih pula sebahagiannya ditukar menjadi emas. Hasilnya, emas sedia ada tidak hilang, emas baru bertambah dan duit juga sentiasa ada untuk kelangsungan perniagaan.
10. Emas sebagai sumber zakat.
Orang yang mengumpul dan menyimpan diam emas lebih 85 gram dalam masa setahun, diwajibkan membayar zakat emas sebanyak 2.5%. Orang yang mengeluarkan zakat adalah mukmin yang berjaya dunia dan akhirat kata Al-Quran, Surah Al-Mukminun. Keberkatan hidup dan harta akan melimpah