Bank Pusat Republik Turki melarang penggunaan cryptocurrency untuk pembayaran di seluruh negara Turki. Mereka telah menjadi negara terbaru yang berusaha untuk menghentikan pembayaran melalui crypocurrency.
Harga Bitcoin telah jatuh dan kini berada pada $60,868.91 turun 2.69% dalam 24 jam terakhir. Menurut laporan akhbar rasmi Turki dan siaran oleh Bank Pusat Turki pada hari Jumaat lalu, Turki telah memperkenalkan “Regulation on the Disuse of Crypto Assets in Payments” yang bermaksud “Peraturan tentang Penyalahgunaan Aset Crypto dalam Pembayaran”.
Larangan itu akan berkuatkuasa pada 30 April dan hal tersebut akan diikuti oleh negara terdekatnya iaitu Maghribi (Morocco) dan kemungkinan larangan di India. Hal ini pastinya meresahkan pelabur dalam crypto kerana larangan tersebut.
Larangan pembayaran cryptocurrency di seluruh negara berlaku kerana Lira Turki menghadapi tekanan penjualan luar yang ketara. Mata wang itu menjunam di pasaran pertukaran asing berikutan Presiden Recep Tayyip Erdogan memecat pegawai bank pusat negara Naci Agbal pada bulan Mac. Banyak yang menggunakan cryptocurrency sebagai kaedah pembayaran alternatif untuk mengelakkan masalah yang melanda Lira.
Peraturan ini secara khusus mensasarkan pembayaran menggunakan cryptocurrency untuk barang dan perkhidmatan serta mesasarkan “penyediaan perkhidmatan pembayaran dan penerbitan wang elektronik.”
Sebab yang diberikan untuk larangan tersebut adalah dari ketidakmampuan pemerintah untuk memantau dan mengawal secara efektif turun naik pasaran yang berlebihan dan penggunaannya dalam kegiatan haram.
sumber : The Telegraph UK