Tumpuan pastinya terarah kepada Canada malam ini apabila Bank of Canada bakal mengumumkan polisi kewangan mereka yang terkini bagi tahun 2021. Dalam masa yang sama, Bank of Canada juga akan membuat keputusan sama ada mengekalkan kadar faedah semasa, menurunkan ke paras yang lebih rendah, atau menaikkan sediki kadar faedah.
Secara logik, peluang peningkatan kadar faedah sangat mustahil untuk berlaku dalam keadaan ekonomi yang mendesak pada ketika ini. Berdasarkan rekod, kali terakhir Bank of Canada mengubah kadar faedah mereka adalah pada Mac 2020 apabila kadar faedah diturunkan kepada 0.25%, terendah dalam sejarah.
Langkah memotong kadar faedah menjadi trend utama kebanyakan bank pusat tahun lalu sebagai salah satu usaha berhadapan dengan situasi pandemic Covid-19 yang menyebabkan kelembapan ekonomi yang ketara.
Bank of Canada dijangka akan menurunkan lagi kadar faedah semasa mereka menghampiri kadar 0%. Adakah dengan keputusan ini akan menyebabkan Canada Dollar akan jatuh?. Bergantung kepada matawang yang disandarkan.
Selain daripada itu, data penting Consumer Price Index (CPI) juga akan turut terbit malam ini. Pastinya data ekonomi ini bakal mencuri tumpuan para pelabur dalam melihat perkembangan terbaharu ekonomi Canada, sama ada Berjaya dipulihkan atau masih dibelenggu oleh pandemic Covid-19.