Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu memaklumkan kerajaan memberi jaminan bekalan beras putih tempatan akan kembali stabil dalam tempoh sebulan.
Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, hasil libat urus KPKM bersama pemain industri beras negara yang melibatkan pengilang, pemborong dan peruncit bersetuju memberikan komitmen bagi merealisasikan pelaksanaan Program Khas Beras Putih Tempatan (PKBPT) di seluruh negara.
“Melalui PKBPT, pengilang akan meningkatkan pengeluaran sebanyak 20 peratus bekalan beras putih tempatan untuk pasaran dalam negara bagi tempoh satu tahun.
“Kita juga akan membuat intervensi di mana terdapat kekurangan, kemudian kita akan tampung melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP),” katanya pada sidang media di sini pada Rabu.
Terdahulu, beliau melancarkan Peladang Outlet Pertubuhan Peladang Kawasan Pokok Sena, iaitu inisiatif di bawah seliaan LPP dalam PKBPT bagi tujuan pengedaran beras putih tempatan kepada kumpulan sasar terutama di kawasan yang tidak mempunyai kemudahan pasar raya.
Mohamad berkata, kaedah intervensi itu dilakukan ketika kekurangan bekalan ayam dan telur sebelum ini.
Anda tidak sempat membaca?
Klik butang di bawah untuk mendengar artikel penuh di atas.
Subscribe kami di channel WhatsApp, Telegram dan Follow kami di Tiktok untuk mendapatkan lebih banyak info menarik.