Kerajaan Australia mengumumkan pakej bantuan terhadap sektor pelancongan bernilai A$1.2 billion ($928 juta) pada hari Khamis, bertujuan untuk merangsang perjalanan domestik sementara laluan antarabangsa masih lagi ditutup ekoran pandemik coronavirus.
Subsidi tiket penerbangan kepada pelancong, pinjaman murah kepada syarikat lawatan yang kecil dan bantuan kewangan kepada dua syarikat penerbangan terbesar di negara adalah bertujuan memastikan sektor kritikal itu tetap berjalan sehinggalah perjalanan antarabangsa dapat diteruskan.
Sektor pelancongan adalah antara pemacu utama pertumbuhan ekonomi Australia, menjana A$60.8 billion dalam keluaran dalam negara kasar (KDNK( pada tahun 2018/2019 serta mengambil sekitar 5% daripada tenaga kerja negara. Sektor itu terjejas teruk apabila Australia menutup sempadan antarabangsa kepada pelancong setahun yang lalu bagi mengekang penularan Covid-19.