Undang-undang Australia yang akan memaksa Google dan Facebook untuk membayar bagi mendapatkan berita bersedia dikuatkuaskan, walaupun masa mungkin diperlukan untuk gergasi digital itu memeteraikan sebarang perjanjian media.
.
Parlimen pada hari Khamis telah meluluskan pindaan terakhir ‘News Media Bargaining Code’ yang dipersetujui antara Bendahara Josh Frydenberg dan CEO Facebook Mark Zuckenberg pada hari Selasa.
.
Sebagai ganti kepada perubahan tersebut, Facebook bersetuju mengangkat larangan bagi rakyat Australia mengakses dan berkongsi berita.
.
Google pula telah pun berjaya mendapatkan perjanjian dengan media berita utama Australia termasuklah bersama News Corp. dan Seven West Media.