Aset anak pemimpin Myanmar,Min Aung Hlaing ditemui semasa serbuan polis di sebuah pangsapuri di Bangkok milik taikun Burma yang disyaki pengedar dadah dan pengubah wang haram, menurut rekod rasmi.
Surat ikatan harta dan buku bank anak lelaki dan anak perempuan Hlaing ditemui diantara $8.9 juta aset mewah oleh polis Thailand selepas menyerbu pangsapuri Tun Min Latt, yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin itu dan dilaporkan telah mendapatkan bekalan tentera untuk rejimnya.
Kumpulan aktivis telah menggesa pihak berkuasa Thailand untuk mengambil “tindakan segera untuk menghalangnya daripada menjadi tempat selamat bagi penjenayah perang Myanmar.”